Super English Course -Speaking & Essay Writing

defe3064-de63-462d-95e9-c7c9990afc41SMIYT KTRG SBT, 14 April : Seramai 202 orang pelajar tingkatan 3 ( 103 ) dan 5 ( 99 ) telah mengikuti Program tersebut di Sekolah hari ini.

Ianya dikendalikan oleh Consultant Centrefoward Sdn. Bhd. Ianya bertujuan untuk memahirkan penguasaan Bahasa Inggeris samada dari segi pengucapan dan juga menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik.

Semoga semua peserta dapat menzahirkan kejayaan ini melalui peperiksaan PT3 dan SPM nanti.

e3ad6776-5a01-4883-b81f-649858ceb7c9defe3064-de63-462d-95e9-c7c9990afc41c766fc21-a29f-4bf7-9980-c7a56b04434e6a82159a-8cb2-4c05-8dec-efe09fa57680

Tazkirah Jumaat

5997a2f5-7617-4174-aa40-b4ea2b4f809aSMIYT KTRG SBT , 14 April : Tazkirah Jumaat merupakan aktiviti Mingguan terutama pada setiap malam Jumaat. Ianya bertujuan mendalami ilmu agama kepada semua pelajar Asrama.

Tazkirah ini dikendalikan oleh Ustaz Ubaidillah, salah seorang guru Tasmik di sekolah ini.

16585e63-1c55-4bfe-9215-a6faea3720d2b685850a-50f4-48d2-b217-a7e57f5a3f66

Sumbangan Bahan Kimia dan Radas

b37dd3dc-734f-42cb-968a-afbbdb5cbce6KUALA TERENGGANU , 14 April : Pihak Jabatan Kimia Kuala Terengganu telah memberikan sumbangan bahan kimia dan radas kepada pihak sekolah baru-baru ini.

Ini merupakan hasil timbal balik kerana pada hujung tahun lepas pihak sekolah telah dijemput untuk memberikan ceramah motivasi yang dikendali oleh guru Inovasi iaitu Cikgu Saripah binti Embong.

Timbalan Pengarah Jabatan Kimia serta beberapa orang Pegawai telah hadir dalam majlis penyerahan sumbangan tersebut.

ed220320-bb84-418e-b52b-86bd89d67350dae91151-4e45-4ac9-b44d-e5abd92e40d02882b045-d96a-444a-85bd-3142d4bcea989ae8f5ae-8e0f-45b2-9e93-214f3de0c0b1

Lawatan Dari SK Serada

74875d83-2e87-43df-8ccd-e38d29d799c8SMIYT KTRG SBT : 14 April : Baru-baru ini sekolah ini telah menerima kunjungan daripada Sekolah Kebangsaan Serada Kuala terengganu untuk lawatan Inovasi.

Kunjungan mereka diketuai oleh Guru Besar sekolah tersebut.

Dalam lawatan tersebut mereka telah di bawa bilik KHB untuk melihat sendiri dan mendengar taklimat ringkas oleh guru Inovasi iaitu Cikgu Saripah binti Embong tentang inovasi bertujuan untuk mencungkil idea murid dan guru sekolah mereka.

 

6ffbf0bb-4af2-4aeb-97aa-cf214e1426760658fd85-bf2f-48a5-81f3-d252d59e333300504545-7dc8-4da0-9454-49ec295c0cfcc061a8b7-00cb-4f80-87a0-5bd17f8a8a68

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.