Wan Nur Hidayah Gondol RM6,000.00

7293abd5-10da-4ce0-94af-32b759eac11aSMIYT KTRG SBT , 27 Jan : Majlis Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung 22 – 25 Januri di Stadium Tertutup Gong Badak baru-baru ini telah melakar sejarah sekolah ini apabila seorang pelajar lelaki dan seorang bekas pelajar perempuan masing-masing telah mendapat Naib Johan dan saguhati.

Wan Nurhidayah binti Wan Abdul Razak yang sedang menuggu keputusan SPM telah berjaya mendapat Naib Johan seterusnya membawa pulang wang tunai RM6,000.00. Manakala Mohd Hilman bin Nor Azmi pelajar tingkatan 5 telah menerima hadiah saguhati berupa wang tuani RM2,000.00.

Semua hadiah telah disampaikan oleh YB Haji Ghazali Taib , Exco Tugas khas yang mewakili YAB Dato’ Menteri Besar Terengganu.

TAHNIAH DAN SYABAS!!!

3b376299-1d24-4593-b8ec-72f551f11522 9ca63e55-ea96-4889-b01e-aabd1cb4dcb29ca63e55-ea96-4889-b01e-aabd1cb4dcb2

2ba90f7e-8019-40e9-be5a-2bc15ee60cf2

842a0021-75a5-4b6f-b676-0e34398194a7e7182d36-d18c-4335-ade3-69f8f252feea7293abd5-10da-4ce0-94af-32b759eac11a

Bakti Diingati Kasih Tetap Di Hati

df754063-5702-4191-ab4e-1ffc8e8571c4SMIYT KTRG SBT , 27 Jan : Suasana menyelubungi seluruh warga SM imtiaz YT Kuala Terengganu pada 25 Jan yang lalu.

Dalam majlis Perpisahan sempena pertukaran guru , seramai 6 orang guru telah diraikan dengan penuh kehibaan namun redha di atas arahan bertugas di tempat baru.

Yang diraikan ialah Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani , Mantan Penolong Kanan Pentadbiran, yang ditugaskan ke SMAK Dato’ Haji Abas Tok Jiring , Cikgu Saripah binti Embong, Ustaz Solihin, Ustaz Suhaimi dan Ustazah Amal binti Daud bertugas di SMAASZA Batu Buruk. Manakala Ustazah Wan Kartini bertugas di SMA Marang.

Semoga mereka akan terus berjuang untuk memartabatkan sekolah masing-masing bagi mencapai hasrat dan harapan  Jabatan pendidikan Negeri Terengganu.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Istiqamah JUARA Firqah Tahun 2018

7e1f557d-67d6-4ff2-bd19-73f9b7405d28SMIYT KTRG SBT , 27 Jan : Tahniah dan syabas ke pada firqah Istiqamah yang telah mengungguli markah keseluruhan dan dicatatkan sebagai JUARA firqah tahun 2018 sempena larian firqah peringkat sekolah yang telah diadakan baru-baru ini.

Semua hadiah telah disampaikan oleh Tuan Pengetua, Ustaz Md Imran bin Md Nor yang dihadiri semua guru dan pelajar.

Majlis Penyampaian hadiah tersebut telah di sempurnakan di Dewan Asyatibi.

TAHNIAH!!!! ANDA JUARA KESELURUHAN

73e84dc8-a881-42c2-adec-55605d394f7af7ab8da0-d529-42c8-8824-14ce6e6eb7a965c51065-e98d-4601-855b-7b35351b8a51

 

 

 

 

 

 

Gambar selanjutnya sila klik di bawah

Larian Firqah

Penyampaian Hadiah

Amanat Penting Untuk Calon SPM 2018

c20ce414-7881-4d85-8530-9a00894eca01SMIYT KTRG SBT , 27 Jan : Seramai 89 calon SPM 2018 telah diberi amanat penting bagi mengahadapi SPM pada tahun ini.

Amanat dari Tuan Pengetua, Ustaz Md Imran bin Md Nor dan Ustaz Mazelin bin Ali , Penolong Kanan Pentadbiran telah menyuntik semangat yang membara di kalangan calon tersebut.

Semoga SPM pada tahun ini akan melakar sejarah yang cemerlang dan terbilang.

 

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.