df754063-5702-4191-ab4e-1ffc8e8571c4SMIYT KTRG SBT , 27 Jan : Suasana menyelubungi seluruh warga SM imtiaz YT Kuala Terengganu pada 25 Jan yang lalu.

Dalam majlis Perpisahan sempena pertukaran guru , seramai 6 orang guru telah diraikan dengan penuh kehibaan namun redha di atas arahan bertugas di tempat baru.

Yang diraikan ialah Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani , Mantan Penolong Kanan Pentadbiran, yang ditugaskan ke SMAK Dato’ Haji Abas Tok Jiring , Cikgu Saripah binti Embong, Ustaz Solihin, Ustaz Suhaimi dan Ustazah Amal binti Daud bertugas di SMAASZA Batu Buruk. Manakala Ustazah Wan Kartini bertugas di SMA Marang.

Semoga mereka akan terus berjuang untuk memartabatkan sekolah masing-masing bagi mencapai hasrat dan harapan  Jabatan pendidikan Negeri Terengganu.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI