Guru KBT 2016

MOHAMAD KHIRMAN NAIM B ZAID 890804035581SMIYT KTRG SBT , 4 Mac : Baru-baru ini Sekolah telah menerima beberapa orang guru baru yang akan mengajar pelajar dalam kategori menghafaz Al-Quran.

Guru yang dimaksudkan ialah Guru KBT ( Kurikulum Bersepadu Tahfiz ) dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga mereka ini akan memberi khidmat yang terbaik kepada pelajar sekolah ini.

 

Senarai guru KBT 2016( GAMBAR ) , klik DI SINI

Lawatan Penandaarasan Sekolah Kebangsaan Tapu , Hulu Terengganu

Slide1SMIYT KTRG SBT, 31 Mac : Seramai 28 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 6 dan 4 orang guru SK Tapu Daerah Hulu Terengganu telah mengunjungi sekolah ini pagi tadi.

Rombongan ini disambut oleh Pengetua sekolah , Encik Mohd Yusoff bin Othman , Ustaz Md Nor bin Yahya , Penolong Kanan Kokurikulum, Kaunselor serta beberapa orang guru.

Ianya bertujuan untuk melihat perkembangan sekolah ini samada hafazan dan juga pembangunan sekolah.

Slide5Slide11Slide27

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Motivasi Raja Shamri

shamri

Tentu anda masih ingat lagi motivasi Raja Shamri yang banyak memberi nasihat serta tips untuk berjaya dunia dan akhirat. Di sini diimbas kembali video beliau sewaktu memberi motivasi kepada pelajar sekolah ini . Semoga pelajar dapat mengambil pengajaran dari motivasi beliau.

Sila klik link ini http://adf.ly/1YvLuM

Lawatan Penandaarasan SMA Kampung Laut Kuala Terengganu

Slide2SMIYT KTRG SBT, 23 Mac : Hari ini pihak Sekolah telah menerima kunjungan daripada Sekolah Menengah Agama Kampung Laut Kuala Terengganu.

Rombongan ini disambut oleh  Ketua Jabatan  yang diketuai oleh Ustaz Ridzuan bin Aziz serta beberapa orang guru .

Ianya bertujuan bagi melihat sendiri kaedah penghafalan Al Quran serta meninjau suasana di asrama dan juga juga pengajaran dan pembelajaran di Sekolah.

Rombongan ini kemudian dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk mendengar taklimat mengenai pembangunan sekolah.

Slide5Slide19Slide25Slide76Slide86

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI