Program Jati Diri Pelajar Tingkatan 1 & 2

1b7ae5f5-4905-452d-b09e-a1089ef3407a

KEM PADANG MIDIN , 15 Oktober : Kem Jati Diri yang bermula 13 Oktober dan berakhir hari ini , menguji tahap ketahanan mental dan fizikal kepada semua pelajar tingkatan 1(62 pelajar) & 2(49 pelajar ).

Ianya diadakan di Kem Padang Midin , Rejimen 512 Askar Wataniah. Program ini adalah kerjasama unit Kaunseling dan Hal Ehwal Murid .

Pelbagai acara telah diadakan kepada semua peserta seramai 111 pelajar bagi menguji tahap kesabaran, ketabahan serta kecaknaan peserta dalam program ini. Ianya dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai dari Kem 512 Rejimen Askar Wataniah yang diketuai oleh Major Sabri.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah OP Masak , Tazkirah , OP Bola Api & Obor , Qiamullail , Kawad kaki , OP Harta Karun , OP Burung Hantu , Taklimat Disiplin & Kaunseling dan Ceramah Motivasi.

5982afe9-e071-4b6c-91d4-0f7891c54cde9bad6dd4-3208-4462-9177-2068627bdc7df065d401-603d-4350-814d-68af8e2663d8

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Program Hari Sukan Negara

slide35SMIYT KTRG SBT : Program Hari Sukan Negara pada 8 Oktober yang lalu merupakan aktiviti yang dijalankan serentak di seluruh Negara.

Sekolah ini juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan aktiviti sukan yang telah diarahkan oleh Kementerian bagi memupuk semangat serta menjadikan tubuh badan yang sihat.

Hari Sukan Negara peringkat Sekolah telah dirasmikan oleh Pengetua sekolah, Encik Mohd Yusof bin Othman.

slide43slide57slide105

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Program Penghayatan Kemerdekaan 2016

226611994_49448_4319712157433861409SMIYT KTRG SBT : Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang lalu , satu program penghayatan Kemerdekaan peringkat Sekolah telah di adakan dengan pelbagai acara patriotik daripada kalangan guru dan pelajar.

Program seumpama ini disambut setiap tahun dan menutup tirai bulan kemerdekaan.

225518013_145178_17743066863838804898225519526_145835_3551736865355571233226610944_50459_15065839006156539579

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Latihan Kebakaran

225518435_146489_6577530539059638644SMIYT KTRG SBT : Satu latihan kebakaran telah di adakan baru-baru ini di dataran Asyatibi SM Imtiaz K.Trg. Ianya bertujuan agar semua pelajar dan guru bersedia apabila menghadapi kebakaran dan juga dapat mengetahui kaedah yahg terbaik untuk memadam kebakaran dan berada di tempat yang selamat.

Pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dijemput untuk menunjukkan demostrasi tentang kebakaran.