Tahniah! SM Imtiaz Kuala Terengganu JOHAN Kalam Jamaie 2012 Peringkat Zon

KUALA TERENGGANU , 2 Jul : Tahniah dan syabas kepada peserta Kalam jamaie dari SM Imtiaz Kuala Terengganu kerana telah diumumkan Johan bagi pertandingan tersebut yang telah di adakan di dewan Asyatibi pagi tadi.

Keputusan tersebut telah diumumkan sebentar tadi. Pertandingan Kalam Jamie 2012 antara sekolah-sekolah Menengah Agama Terengganu ini dianjurkan oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ( JaHEAT).

Dalam pertandingan tersebut sebanyak 5 buah sekolah telah menyertai program ini. Antaranya ialah SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Kemaman, SM Imtiaz Kuala Berang, SM Imtiaz Dungun dan SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Tempat kedua dimenangi oleh SM Imtiaz Besut. Johan dan naib Johan akan mewakili zon ke peringkat Negeri nanti.

Gambar persembahan Kalam Jamaie SILA KLIK DI SINI

Video Persembahan Kalam Jamaie

SM Imtiaz Kuala Terengganu ( dalam proses)

SM Imtiaz Kuala Berang ( dalam proses)

SM Imtiaz Besut ( dalam proses)

SM Imtiaz Kemaman ( dalam proses)

SM Imtiaz Dungun ( dalam proses)

Seminar Easy Maths

KUALA TERENGGANU , 1 Jul : Seminar ini telah di adakan pada sabtu yang lalu di dewan asyatibi

Ianya difokuskan kepada semua calon SPM 2012 untuk memberikan pendedahan mengenai soalan matematik dan cara untuk menyelasaikan dengan mudah dan tepat.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI

Kunjungan dari Sekolah Agama Menengah Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam

KUALA TERENGGANU , 1 Jul : Pihak sekolah telah menerima kunjungan dari guru dan kakitangan SAM Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor seramai 38 orang pagi tadi yang di ketuai oleh Pengetuanya Puan Norhayati.

Rombongan ini telah disambut ceria oleh pengurusan sekolah.

Mereka kemudian di bawa ke surau sekolah untuk melihat sistem pembelajaran Al-Quran dan juga mendengar taklimat daripada wakil pengurusan sekolah di bilik Mesyuarat.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI

Bintang Nasyid Mu’min 2012 – SM Imtiaz K.Trg Tempat Ketiga Peringkat Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU, 30 Jun : Sebanyak 10 pasukan dari 10 buah sekolah seluruh Negeri Terengganu telah menyertai Bintang Nasyid Mu’min Anjuran Meswak Sdn Bhd Ubat Gigi Halal.

Program ini telah di adakan di Mydin Mall yang bermula jam 2 petang tadi. Masing-masing telah mempersembahkan nasyid dengan penuh semangat dan berpasukan. SM Imtiaz Kuala Terengganu telah menunjukkan persembahan yang mantap dan berjaya mendapat tempat ketiga dari 10 pasukan yang bertanding.

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan tersebut.

JOHAN : SHOUTUL ITTIFAQ ( SM NURUL ITTIFAQ, BESUT)

NAIB JOHAN : ( SM SULTAN OMAR, DUNGUN

KETIGA : SHOUTUL IMTIAZ (SM IMTIAZ KUALA TERENGGANU)- VIDEO NASYID

 

SAGUHATI:

SHOUTUL SHABAB (SMA TOK JIRING)

RISATUL INSANIAH ( SMKA KUALA ABANG)

SHOUTUL MIZAN ( SM TG MIZAN )

WIJDAN ( SMK BUKIT SAWA)

AL-WILDAN ( SMK PANJI ALAM)

SHOUTUL SYAKIRIN ( SMA DURIAN GULING)

SHOUTUL FIRDAUS ( SMK AYER PUTEH, KEMAMAN )

 

Vokal terbaik : Shoutul Ittifaq

Kostum terbaik : Shoutul Mizan

Persembahan terbaik : Shoutul Syakirin

Tahniah dan Syabas diucapkan

 

Gambar persembahan nasyid SILA KLIK DI SINI