Penilaian Oleh Jemaah Nazir Selesai

KUALA TERENGGANU , 4 Jul : Jam 3.20 petang ini, semua Jemaah Nazir selesai melakukan penilaian terhadap profil sekolah bagi verifikasi Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ) Kohort 3 bagi kali kedua.

Sebelum ketua Jemaah Nazir telah memberikan taklimat penutup bagi penilaian tersebut dan disusuli dengan ucapan terima kasih daripada puan pengetua di atas penilaian itu.

Tahniah dan syabas kepada semua guru , kakitangan serta pelajar yang telah memberikan komitment yang tinggi terhadap kecemerlangan sekolah.

Gambar selanjutnya SILA KLIK

Verifikasi Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 3

KUALA TERENGGANU , 4 Jul : SM Imtiaz Kuala Terengganu sekali lagi dicalonkan untuk verifikasi Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT )kali ke 2.

Seramai 5 orang Jemaah Nazir telah berada di sekolah ini untuk menilai dan melihat kredibiliti sekolah. Jam 9.00 pagi tadi, mereka telah diberi taklimat mengenai profil sekolah yang telah disampaikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Tahniah dan syabas kerana dicalonkan sekali lagi

Program Pengurusan Wang ( Money Smart )

KUALA TERENGGANU , 3 Jul : Satu program mengenai maklumat tentang pengurusan wang telah diadakan petang tadi. Ianya dihadiri oleh pelajar tingkatan 3 dan 5.

Ianya dikendalikan oleh Perbadanan Insuran dan Deposit Malaysia. Disamping itu juga pelajar dapat maklumat mengenai pertandingan-pertandingan yang diadakan apabila melayari laman web yang telah disediakan bagi kemudahan pelajar.

Gambar selanjutnya SILA KLIK

Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2012 Meriah

KUALA TERENGGANU , 3 Jul : Majlis sambutan Hari Koperasi Sekolah( HKS ) bagi tahun 2012 telah disambut dengan meriah sekali. Majlis ini bermula jam 8.30 pagi tadi dan berakhir 12.30 tengahari.

Ianya dimulakan penanaman anak pokok buah-buahan yang diketuai oleh Bendahari Koperasi Negeri Terengganu, Encik Mohd Yaakob kemudian diikuti oleh Puan Pebgetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta beberapa orang pelajar yang dipilih.

Kemudian pihak pengurusan sekolah telah diarak ke dataran As-Syatibi untuk melihat persembahan Silat Gayung sebelum melepaskan belon.

Pelbagai acara telah dilaksanakan apabila semua pihak pengurusan sekolah berkumpul di dewan yang disambut oleh semua pelajar.

Suasana Hari Koperasi Sekolah SILA KLIK