Kem Kepimpinan Jati Diri MPP, MPS dan PRS

SEBERANG TAKIR , 13 Jul : Seramai 131 pelajar yang terdiri daripada 67 pelajar perempuan dan 64 pelajar lelaki telah menyertai program ini yang  bermula 12hb dan akan berakhir 14 Julai 2012.

Program ini telah diadakan di Kem Askar Melayu 18, Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Objektif utama kem ini diadakan adalah untuk pemantapan jati diri dan kepimpinan pelajar. Ianya juga bertujuan meningkatkan semangat setiakawan an kerjasama serta sikap bertanggungjawab dalam satu kumpulan. Disamping itu juga untuk meningkatkan daya ketahanan mental dan fizikal dikalangan pelajar.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI

Lagak ‘stunt’  SILA KLIK DI SINI

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2012

KUALA TERENGGANU , 10 Jul : Sempena menyambut Pelancaran 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang diadakan serentak di seluruh negara, SM Imtiaz Kuala Terengganu tidak ketinggalan untuk menyertainya.

Aktiviti dimulakan jam 8.30 pagi di dataran Asyatibi yang melibatkan semua pelajar dan guru.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI

Kursus Penghayatan Islam Berakhir Hari Ini

KUANTAN , 6 Jul : Kursus tersebut telah berakhir tengahari tadi dengan ucapan penutup puan pengetua, Ustazah Mardziah binti Abdullah.

Terdahulu dari itu, slot pagi tadi telah dimulakan dengan penceramah dari Universiti Malaysia Pahang, Ustaz Zuridan bin Daud dengan tajuk Etika Kerja Dalam Islam.

Semoga kursus ini dapat memberi semangat baru kepada semua peserta kursus dan jadikan kerja itu sebagai satu ibadah.

Gambar selanjutnya SILA KLIK

Kursus Penghayatan Islam Guru dan Kakitangan di Mega View Hotel. Kuantan

KUANTAN , 5 Jul : kursus tersebut telah diadakan bermulan hari ini dan akan berakhir pada hari esok.

Kursus ini merupakan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP siri 7 ). Ianya diadakan di Mega View Hotel, Kuantan. Semua peserta kursus tiba jam 1.40 petang tadi. Slot 1 dimulakan jam 2.30 petang dengan menjemput penceramah dari Institut Aminuddin Baki ( IAB ) iaitu Encik Dawi bin Ithnin, Ketua Jabatan Unit Pengurusan HEM dan Kaunseling serta Dr Akma , Pensyarah Kanan dari jabatan yang sama.

Pada sebelah malam pula jam 8.30 malam slot yang ke 2 juga dikendalikan oleh penceramah yang sama.

Gambar selanjutnya SILA KLIK