Pertandingan Catur Peringkat Kebangsaan 2012

KUALA TERENGGANU , 15 September : Pertandingan ini telah bermula jam 9.30 pagi tadi bertempat di SMIYT Kuala Terengganu.

Ianya telah dianjurkan oleh SMIYT Kuala Terengganu anjuran bersama Persatuan Catur Negeri Terengganu.

Seramai 20 peserta bagi peringkat Kebangsaan dan 73 peserta bagi peringkat Negeri. Bagi peringkat Negeri dibahagikan kepada 3 kategori mengikut umur iaitu bawah 12 tahun , 14 tahun dan 20 tahun.

Semua keputusan dijangka diketahui sebelah petang nanti.

Gambar pertandingan sila KLIK DI SINI

Motivasi Bersama Raja Shamri

KUALA TERENGGANU , 13September : Pihak pengurusan sekolah di bawah Unik Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Majlis Pemuafakan ibu bapa dan guru ( MPIBG ) telah menganjurkan satu slot motivasi untuk pelajar PMR dan SPM 2012 pagi tadi di dewan Asyatibi.

Seorang pakar motivasi iaitu YM Raja Shamri bin Raja Hussin telah dijemput bagi memberi motivasi yang berunsur nasihat kepada pelajar tersebut.

Banyak nasihat yang telah diberikan kepada pelajar sehingga ada di antara mereka hampir menitiskan air mata apabila mereka disajikan dengan klip video mengenai kesengsaraan umat islam di negara lain. kejatuhan moral remaja masa kini juga disajikan dalam slot video tersebut.

Nantikan beberapa klip video yang akan disiarkan di laman ini untuk menilai tentang kejahilan remaja masa kini serta keperitan hidup hidup umat islam yang ditindas dari negara lain.

Program Koperasi Sekolah

KUALA TERENGGANU , 13 September : Seramai 40 orang pelajar termasuk guru pengiring dari Sekolah Menengah Tengku Laksamana, Kedah telah mengunjungi sekolah ini. Mereka tel;ah tiba jam 10 pagi tadi.

Tujuan utama kunjungan tersebut adalah untuk mengetahui sistem sekolah ini dan mengenai keistimewaan pakej PKS.

Pada hari pertama kunjungan mereka, mereka telah di bawa ke Nor Arfa Batik bagi melihat dan seterusnya mencuba mencanting batik.

Pada hari kedua(esok) mereka akan dibawa ke Taman Tamadun Islam ( TTI ), Pasar Payang Kuala Terengganu.

Semoga kunjungan mereka ini akan menjadi kenangan yang manis apabila pulang ke negeri sendiri nanti.

Jemputan Jalanan 10 Ribu Langkah

PANTAI BATU BURUK , 9 September : Seramai 50 orang pelajar sekolah ini telah menyertai acara tersebut bertempat di Dataran Pantai Batu Buruk yang bermula jam 7.30 pagi tadi.

Ianya dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sempena menyambut bulan Kemerdekaan sambil mengibar jalur gemilang.