Blog Video Sekolah

KUALA TERENGGANU : 6 Okt : Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung laman web sekolah .

Bagi memberi keselesaan kepada semua pengunjung blog, kami telah menyediakan satu laman web baru himpunan koleksi video aktiviti sekolah dari dahulu hingga kini.

Pengunjung bolehlah melayari laman web tersebut dengan menekan koleksi video aktiviti sekolah yang tertera di atas atau menaip www.videoimtiazkt.blogspot.com

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG VIDEO KAMI

SMIKT-ETA International Chess Championship 2012

KUALA TERENGGANU , 6 Okt : Seramai 50 peserta dari beberapa buah sekolah terlibat dalam pertandingan ini.

Sekolah yang terlibat adalah SM Imtiaz Besut, SMK Tun Telanai, SK Tengku Bariah, SK Sultan Sulaiman 1.

Menurut Penyelaras Catur SKK, Puan Faridah binti Samat, Pihak sekolah jiga telah mengundang beberapa orang guru dari English Teacher Assisstent dan Arabic Teacher Assisstent iaitu Jonathan Christensen dari USA, Salleh AS dari Jordan, Abber MH juga dari Jordan.

Perasmian penutup dijangka dirasmikan oleh Encik Azman bin Othman, Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris, Sektor Pengurusan Akademik, JPNT pada jam 5.30 petang nanti.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI

Lawatan dari SK Balai Besar,Dungun

KUALA TERENGGANU, 4 Okt :Pihak sekolah hari ini telah menerima lawatan dari SK Balai Besar, Dungun.

Mereka telah diberi penerangan ringkas mengenai sekolah ini. Harapan kami agar ada dikalangan mereka berminat untuk memasuki sekolah ini.

YDP MPIBG Suntik Motivasi Calon PMR 2012

KUALA TERENGGANU, 4 Okt: Kehadiran YDP MPIBG Tuan Haji Mohd Zulkifli bagi memberi semangat kepada semua calon PMR 2012 menggambarkan bahawa seluruh AJK MPIBG serta semua guru mengharapkan kejayaan akan diperolehi nanti.

Seawal jam 8 pagi tadi, beliau telah berada di dewan Asyatibi bersama guru PMR. Seluruh warga sekolah mendoakan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2012.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI