Jamuan Akhir Tahun KUIK Meriah

KUALA TERENGGANU , 30 Oktober : Kelab Ukhuwwah Imtiaz KOSPINT ( KUIK ) patng ini telah mengadakan jamuan akhir tahun di Primula Hotel Kuala Terengganu.

Ianya merupakan acara tahunan kelab ini yang ditubuhkan bagi menjaga kebajikan ahli-ahlinya yang terdiri daripada guru serta kakitangan sekolah. Sebagai sebuah kelab yang berfungsi untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada ahlinya, banyak sumbangan yang telah diberikan seperti sumbangan derma untuk kelahiran anak, sumbangan kepada ahli keluarga yang kematian ahli, perkahwinan kali pertama dan banyak lagi.

Dalam majlis tersebut, Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah sudi memberikan  ucapan walaupun beliau begitu sibuk sebelum beliau bergegas ke Kuala Lumpur di atas urusan rasmi.

Terdahulu dari itu, pengerusi kelab KUIK, Cikgu Abdul Hadi telah menyampaikan ucapan dan beliau bersama jawatankuasa kelab KUIK mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli kerana memberi kerjasama dan sudi hadir dalam majlis tersebut. Menurutnya lagi, sepanjang 3 tahun berkhidmat, beliau bersama jawatankuasa yang lain memohon agar diberi pelapasan untuk mengundur diri dan diberikan kepada kepimpinan baru untuk mentadbir kelab KUIK.

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

Amanat Dari KPP ICT Untuk Calon SPM 2012

KUALA TERENGGANU , 30 Oktober : Ketua Penolong Pengarah ICT Yayasan Terengganu, Encik Mazlan bin Che Wil telah memberi suntikan semangat berjuang dan semangat ingin berjaya kepada semua calon SPM 2012 pagi ini.

Beliau yang tiba jam 8 pagi tadi telah memberikan suntikan tersebut di bilik kuliah dengan dihadiri oleh semua calon SPM serta guru yang terlibat secara langsung dalam P&P tingkatan 5.

Kelihatan semua calon begitu tekun mendengar amanat dengan mencatat isi-isi penting yang disampaikan oleh beliau.

 

 

Kursus Tajwid Siri Akhir

KUALA TERENGGANU , 30 Oktober : Kursus Tajwid untuk guru dan kakitangan ini yang telah di adakan petang kelmarin  merupakan kursus Tajwid yang terakhir pada untuk tahun 2012.

Ianya di adakan di Dewan Asyatibi yang dikendalikan oleh Ustaz Hafas bin Haji Ali, Pensyarah di Intitut Quran Terengganu ( IQT ).

Semoga kursus ini dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua peserta kursus.

Amanat Terakhir Menjelang SPM 2012

KUALA TERENGGANU , 29 Oktober : Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia semakin hampir. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah terutama guru-guru yang mengajar tingkatan 5.

Antara usaha yang lain ialah Program Bicara Ilmu yang telah di adakan sebelah pagi tadi di Bilik Kuliah. Pihak sekolah telah mengundang seorang pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ( JPNT ) iaitu Tuan Haji Muhammad bin Tawang. Beliau telah mewakili Tuan Haji Zuber bin Embong , Ketua Sektor Pendidikan.

Banyak ilmu yang telah diberikan oleh beliau dan semoga para pelajar dapat berusaha dengan lebih tekun dan gigih bagi mencapai matlamat yang disasarkan oleh sekolah iaitu 11A+.