Malam Kecemerlangan Firqah 2012

KUALA TERENGGANU,2 November : Majlis yang penuh gilang gemilang ini sedang berlangsung sekarang di dewan Asyatibi.

Sebelum ini majlis tersebut dinamakan Malam Ihtifal Gemilang. Perubahan majlis ini akan memberikan nafas baru kepada semua pelajar.

Dalam majlis tersebut, firqah Zaamah dinobatkan sebagai johan keseluruhan bagi tahun 2012. Tahniah dan syabas kepada ketua firqah iaitu Puan Marhaini bin Sulaiman.

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

SMIYT KTRG Bolot 5 Anugerah Majlis IPA Peringkat Negeri 2012

KUALA TERENGGANU , 1 November : Majlis Anugerah Kecemerlangan Institusi Pendidikan Agama Peringkat Negeri Terengganu 2012 menyaksikan 5 anugerah telah dimiliki oleh sekolah ini.

Ianya telah di adakan di Dewan SMA Marang pagi tadi dan semua anugerah telah disempurnakan oleh Encik Hashim bin  Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

Antara anugerah tersebut ialah Pengurusan GPK HEM Cemerlang 2011, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Anugerah Mata Pelajaran KHB 2 & 3 PMR 2011, Anugerah Mata Pelajaran Bahasa Arab Tinggi SPM 2011, Anugerah Pelajar Wakil Antarabangsa 2012 dan Anugerah Pelajar Wakil Kebangsaan 2012.

Sekalung tahniah dan syabas kepada mereka.

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

Imam Muda Ziarahi Warga Emas

KUALA TERENGGANU , 31 Oktober : Seramai 40 orang Imam Muda yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 telah memasuki kampung terpilih untuk memberi sumbangan berbentuk cenderahati kepada warga emas.

Seramai 10 orang warga emas dipilih berdasarkan kreateria tersebut. Ianya adalah salah satu daripada aktiviti yang dijalankan bermula hari ini dan berakhir hari khamis.

Pihak sekolah ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengerusi serta jawatankuasa masjid Al Muttaqim,Kepong kerana memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

Amanat Ketua Sektor Pendidikan Khas Untuk Calon SPM

KUALA TERENGGANU, 31 Oktober : Pagi ini Ketua Sektor Pendidikan Khas, JPNT,Encik Ngah bin Bidin sudi meluangkan masa bersama calon SPM Sekolah ini yang akan mendudki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang menjelma tidak beberapa lama lagi.

Persiapan yang dilaksanakan oleh pihak Sekolah telah memberikan semangat untuk berjaya di kalangan pelajar.