Catur : Afiq Rambli Tempat Ke 2 Peringkat Kebangsaan

KUALA TERENGGANU , 22 Oktober : Tahniah dan syabas kepada pelajar sekolah ini yang telah merangkul Naib Johan Catur Peringkat Kebangsaan yang telah di adakan di Universiti Sultan Zainal Abidin ( UNISZA ) baru-baru ini.

Beliau merupakan Naib Johan bagi kategori bawah 18 tahun. Pihak pengurusan sekolah serta seluruh warga SMIYTKTRG mengucapkan tahniah kepada beliau.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI

Singapore National Blitz Championship

KUALA TERENGGANU, 22 Oktober : Seramai 5 orang pemain catur sekolah ini telah menyertai pertandingan catur peringkat antarabangsa yang di adakan pada 14 Oktober baru-baru.

Ianya dilangsungkan di Bushan Community Club, Singapura. Peserta yang terlibat adalah Affan bin Mohd Sabri ( tg 4 ) Mohd Lokman b Sa’don ( tg4 ), Norsyamimi bt Mohd Zin ( tg 2 ), Nik Nur Aina Nafisah bt Wan Mohd Nasir dan Umi Safiah bt Sa’don.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI

Santapan Rohani

KUALA TERENGGANU,9 Okt: Setiap hari selasa semua kakitangan bukan akademik berada di bilik mesyuarat untuk mendengar tazkirah yang disampaikam oleh guru yang dipilih.

Mereka telah diberikan pelbagai ilmu bagi mendapatkan kekuatan rohani sebelum memulakan sesuatu kerja. Amalan seperti ini amat digalakkan Islam semoga kerja yang dilaksanakan menjadi satu ibadah.

PMR 2012 Bermula Hari Ini

KUALA TERENGGANU, 9 Okt: Seramai 139 calon PMR Sekolah telah mula menduduki peperiksaan yang bermula pagi ini.

Hadir sama ialah Puan Pengetua bersama semua guru yang mengajar tingkatan 3. Turut kelihatan YDP MPIBG Tuan Haji Mohd Zulkifli serta ibubapa pelajar.

Semoga semua calon dapat menjawab dengan lebih tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang nanti.