Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2013

 

Pelajar baru sedang mendaftar diri

SMIYT K.TRG SBT , 13 Januari : Ramai ibubapa tidak sabar-sabar untuk mendaftarkan anak mereka di Sekolah ini. Seawal jam 8 pagi tadi lagi, mereka sudahpun menunggu untuk mendaftar pada jam 9 pagi.

Selepas jam 10 pagi ramai ibubapa hadir bersama anak kesayangan mereka dan ada yang datang bersama atuk dan nenek.

Pukul 11.00 pagi, majlis ucapan selamat datang telah bermula. Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta semua penolong kanan, Ketua Jabatan turut hadir dalam majlis tersebut. Mereka telah diperkenalkan oleh Puan Pengetua. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar tingkatan 1 yang berjaya memasuki sekolah ini. Beliau juga telah beramah mesra dengan ibubapa dalam majlis perjumpaan di dewan Asyatibi setelah ditanya oleh ibubapa dalam beberapa soalan yang dikemukakan dan dijawab dengan penuh jelas dan padat.

Dalam majlis tersebut juga, satu gimik penyerahan pelajar baru kepada sekolah. Prof. Dr. Aziz bin Deraman merupakan wakil ibubapa menyerahkan anak mereka kepada wakil sekolah iaitu Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Setelah majlis tersebut selesai, pelajar baru kemudian ditemani oleh MPA dan Ketua Bilik masuk ke perkarangan asrama putera dan puteri. Kelihatan juga ibubapa sama-sama memeriahkan suasana dengan menemani anak mereka ke asrama.

Pada sebelah petang pula, program mengenali ketua bilik bersama pelajar baru diadakan di dewan. Begitu juga majlis bersama kaunselor. Kelihatan semua pelajar baru begitu bersemangat untuk memulakan persekolahan. Minggu suaikenal bermula petang tadi dan akan berakhir pada 17 Januari 2013.

Pihak Sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua MPP, MPA, MPS serta Ketua Bilik yang telah membantu pengurusan sekolah dalam melancarkan lagi sesi pendaftaran pelajar tingkatan 1.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI 333 fhoto

Santapan Rohani Bersama PK HEM

SMIYT K.TRG SBT, 11 Januari : Pagi ini semua pelajar berada di surau untuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Pada minggu ini beliau telah mengupas tajuk yang berkaitan ‘makanan rohani’ yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar di sekolah ini terutamanya pelajar asrama.

Beliau juga menekankan aspek keselamatan ketika bermain dan perlu menjaga tatasusila ketika bertemu dengan tetamu luar. Program ini bermula jam 11.15 pagi tadi dan berkahir 12.30 tengahari.

Kawad Pagi

SMIYT K.TRG SBT , 11 Januari : Bagi melahirkan pelajar yang cergas dan sihat serta bertenaga,  SMIYT K.Trg SBT mengambil pendekatan seperti tahun lalu dengan mengadakan kawad pagi setiap pagi jumaat di dataran Imtiaz.

Kawad pagi ini dikawal selia oleh Encik Wan Hassan bin Wan Ibrahim, Penyelia Tugas Khas yang telah dilantik oleh Pihak Yayasan Terengganu. Beliau juga merupakan bekas jurulatih PLKN.

Bermula jam 7.30 pagi, pelajar perempuan terlebih dahulu berkawad sehingga jam 8.30 pagi. Manakala pelajar lelaki bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi. Ianya menjadi rutin mingguan iaitu minggu di mana pelajar tidak pulang ke kampung.

Mesyuarat Agung Kelab / Persatuan Bersidang Hari Ini

SMIYT K.TRG SBT , 8 Januari : Sebanyak 14 Kelab / Persatuan di bawah unit Kokurikulum dan 8 kelab Elit  di bawah pengurusan Ulul Albab telah mengadakan mesyuarat Agung jam 3.30 petang tadi.

Menurut Setiausaha KOKU, Puan Rozila binti Sulong, mesyuarat pada petang ini merupakan Mesyuarat Agung kali Pertama bagi tahun 2013. Beliau memaklumkan antara agenda mesyuarat kali ini adalah untuk melantik ahli jawatankuasa baru setiap unit serta mengadakan perbincangan mengenai aktiviti yang perlu dilaksanakan pada tahun ini.

Menurutnya lagi, Key Performance Indexs ( KPI ) unit juga dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Kelab / persatuan yang dimaksud adalah :

Unit Kokurikulum

1.Bahasa

2.Kemanusiaan

3.PAI & Bahasa Arab

4.Komputer

5.Kerjaya

6.Usahawan Muda

7.KHB

8.Seni Silat Gayong

9.Taekwando

10.Pengguna

11.Kesenian Islam

12.Saintis Muda

13.Catur

14.Memanah

 

Pengurusan Ulul Albab

 

1.Renang

2.Berkuda

3.Solar

4.Robotik

5.Avionik

6.KKQ

7.Bahasa Mandarin

8.Bahasa Perancis

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI