Verifikasi Khas Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan

Slide11SMIYT KTRG SBT , 12 Ogos : Imtiaz Kuala Terengganu telah terpilih untuk verifikasi Khas Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan. Seramai 6 jemaah Nazir telah mengunjungi sekolah ini bagi menilai dan menentukan samada layak atau tidak untuk mendapatkan anugerah tersebut.

Seluruh warga SM Imtiaz Kuala Terengganu mendoakan agar sekolah ini terpilih bagi mendapatkan anugerah tersebut diperingkat Kebangsaan.

Slide1Slide2Slide4Slide5Slide6Slide7Slide3

Produk Pandanus dan Styrfm Cutter Tarik Perhatian Juri Antarabangsa

Slide2KOREA : Pandanus yang merupakan produk hasil ciptaan guru sekolah ini serta styrfm Cutter telah menarik perhatian juri Antarabangsa apabila diistiharkan berjaya mendapat Gold medal dan Bronze medal dalam pertandingan yang diadakan di Korea University in Seoul pada 8 – 9 Ogos baru-baru ini.

Tahniah kepada guru Cikgu Saripah serta pelajar yang menyertai pertandingan ini. Pelajar yang mendapat Gold Medal ialah Amir Fahmi bin Abdullah , Alya Farhana binti Abdul Rasid dan Nur Ain Hazirah binti Mohd Nasir. Manakala Styrfm Cutter disertai oleh Mohd Taqiyuddin dan Mohd Faiz.

Slide1Slide3Slide4

Sekalung Tahniah kepada mereka yang telah mengharumkan nama di Peringkat Antarabangsa.

AL FATEH DRIVEN UMMAH

Aziz Abidin dan Mohd Fahim Harumkan Nama Sekolah

Slide1SMK TG MAHMUD , 10 Ogos : Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar sekolah ini, Aziz Abidin bin Azmi Puat pelajar tingkatan 4 yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat Negeri Terengganu setelah dinobatkan Johan Pertandingan Ceramah Spontan dan Johan Ceramah Imam Muda dalam Program Nadwah Kepimpinan Islam SMK dan SABK Peringkat Negeri Terengganu tahun 2014 di SMK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu pada 7 – 9 Ogos baru-baru ini.

Seorang lagi pelajar yang juga mengharumkan nama sekolah ialah Mohd Fahim bin Mohd Fuad juga pelajar tingkatan 4. Sekaligus kedua-dua mereka layak menyertai Nadwah peringkat Kebangsaan. Seramai 6 pelajar telah mewakili sekolah ini di peringkat Negeri Terengganu.

Tahniah dan syabas anak-anak Al Fateh.

Jamuan Aidilfitri Anjuran Kakitangan Sekolah

Slide4SMIYT KTRG SBT , 10 Ogos : Majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kakitangan Sekolah telah diadakan hari ini. Ianya diadakan saban tahun.

Kelihatan semua guru dan kakitangan menghadiri majlis tersebut.

Tahniah dan syabas

Slide2Slide10Slide6

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.