WISMA DARUL IMAN , 20 Februari : Majlis Penutup Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 18 Februari yang lalu. Sekalung tahniah kepada pelajar sekolah ini yang telah berjaya mendapat tempat Naib Johan dan ketiga dalam kategori masing-masing.
Beliau ialah Muizuddin mendapat Naib Johan bagi kategori 1 – 10 juzuk manakala Mohd Hazwan mendapat tempat ketiga 1- 30 juzuk. Semua hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said.
Terdahulu pada peringkat saringan seramai 14 pelajar telah menduduki ujian tersebut pada 9 – 10 Februari dan hanya 3 pelajar sahaja yang layak ke peringkat akhir iaitu pada 16 Februari 2014. Mereka ialah Mohd Hazwan kategori 1 – 30 juzuk , Muizuddin dan Aziz Abidin 1 – 10 juzuk.






Gambar selanjutnya sila klik DI SINI
SMIYT KTRG SBT , 9 Februari :





Seramai 8 pelajar tingkatan 5 bersama PuanPengetua dan Puan Marhaini mengikuti Pelancaran Buku Sains Solat Dan PerasmianKlinikTerapi Sains Solat di Pusat Inovasi Kejuruteraan Perubatan, JabatanKejuruteraan Bio Perubatan, Universiti Malaya pada 27 – 28 Januari yang lalu.. Program ini dirasmikan oleh YB.Dato’ Seri Idris Jusoh, MenteriPendidikan II.





SMIYT KTG SBT , 3 Februari : 




