KUALA TERENGGANU 27 September : Majlis tersebut telah diadakan malam ini di Dewan ASyatibi SMIYT KTRG.

Ianya telah dirasmikan oleh Encik Hashim bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu yang mewakili Menteri Besar Terengganu. Turut mengiringi beliau ialah Yang Berbahagia Encik Wahid bin SetiaTimbalan Pengarah Pengurusan Institusi Pendidikan Agama BPI, Encik Wan Said bin Wan Salleh, Ketua Sektor Pendidikan JPNT, Tuan Haji Wan Ramdzan bin Wan Mamat, Timbalan Pengarah Pengurusan Dakwah dan Hal Ehwal Agama Islam,BPI, KPM, Ustaz Wan Azman bin Wan Abdullah, wakil Pengarah Yayasan Terengganu serta semua Ketua Sektor di semua negeri.

Seramai 378 peserta dari 14 buah negeri telah hadir dalam majlis tersebut.