Slide32SMIYT KTRG SBT , 5 Mei : Karnival Idul Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2016 telah diadakan pada hari ini.

SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah dalam Karnival pada kali ini. Sebanyak 7 buah Sekolah Imtiaz seluruh Negeri Terengganu telah menyertai Karnival kali ini dengan mempertandingkan 13 acara dalam 2 kategori iaitu Menengah Atas dan Menengah Rendah. Sekolah tersebut ialah SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Setiu, SM Imtiaz Kuala Nerus, SM Kuala Berang , SM Imtiaz Dungun , SM Imtiaz Kemaman dan SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Dalam pertandingan tersebut SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah berjaya mendapat 4 Johan dalam beberapa acara yang dipertandingkan.

Semua hadiah disampaikan oleh Encik Mazlan bin Che Wil, Ketua Penolong Pengarah , Bahagian Pengurusan Imtiaz, Yayasan Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta Karnival Idul Ilmi SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2016.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Keputusan Penuh sila klik DI SINI

Slide11Slide18Slide25Slide39Slide54Slide44