Sebagai memenuhi ruang yang ada dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, pihal pengurusan sekolah di bawah Unit Kerohanian dan Surau telah mengadakan satu program pada hari ini iaitu ceramah keagamaan mengenai Nuzul Quran.

Pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah yang berwibawa iaitu Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip yang juga merupakan Penolong Kanan Ulul Albab.

Semua Guru serta pelajar hadir dalam program ini yang diadakan di surau Tok Ku Pulau Manis.