Category: Ulul Albab

Mahrajan Al-Quran Sekolah-sekolah KPM Peringkat Daerah Kuala Terengganu

18 Ogos 24 – Pada 15 dan 18 Ogos yang lalu, telah berlangsung Mahrajan Al-Quran Sekolah-sekolah KPM Peringkat Daerah Kuala Terengganu yang diadakan di SMK Serada. Seramai 15 orang Anak Soleh Solehah Pintar IKT telah mewakili IKT dalam 7 acara yang dipertandingkan dan mendapat kejayaan seperti berikut:

Johan Tilawah Lelaki
šŸ„‡AHMAD FAWWAZ HILMI BIN TARMIZI

Johan Tilawah Perempuan
šŸ„‡SUFYA UMAIRAH BINTI SUKRI

Johan Tahfiz Juzuk 1-30 Lelaki
šŸ„‡MUHAMMAD AIMAN BIN FAISAL MIZAN

Johan Tahfiz Juzuk 1-30 Perempuan
šŸ„‡NUR ALYA MAISARAH BINTI MOHD FAKHRURROZIE

Johan Tahfiz Juzuk 1-18 & 30 Lelaki
šŸ„‡MUHAMMAD HABIBURRAHMAN BIN AHMAD FUAD

Johan Tahfiz Juzuk 1-18 & 30 Perempuan
šŸ„‡AINUL MARDHIAH BINTI MAZLAN

Johan Qiraat Sab’ah Lelaki MR
šŸ„‡ABDUL AZIZ BIN SALAHUDIN

Johan Qiraat Sab’ah Perempuan MA
šŸ„‡NAJWA SYAKIRA BINTI MAZLAN

Naib Johan Qiraat Sab’ah Lelaki MA
🄈AMIRUL WAJDI BANIN BIN MOHD SALIM

Ke-3 Qiraat Sab’ah Perempuan MR
šŸ„‰NUR BAHIRAH BINTI SUHAMI

Ke-3 Hafazan Surah Pilihan Perempuan
šŸ„‰DHIA KHAIRANI BINTI OMAR

Ke-3 Kuiz Ilmu Wahyu
šŸ„‰MUHAMMAD SAFWAN BIN ZULKIFLE
šŸ„‰MUHAMMAD HANIF ILMAN BIN MOHD HAZRUL
šŸ„‰MUHAMMAD MUQRI WAFA BIN ROSLAN

Saguhati Hafazan Surah Pilihan Lelaki
šŸ…WAN IKRAM HAFIY BIN WAN KHAIRUDDIN

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

Kelas Tahsin Al Quran Tingkatan 1

Pada 15 Jun yang lalu Ulul Albab telah menganjurkan Kelas Tahsin Al Quran untuk pelajar Tingkatan 1 untuk pelajar yang lemah dalam hafazan. Ianya dikendalikan oleh Panitia Hifz Al Quran.

Ianya di adakan di Surau TokKu Paloh SM Imtiaz K.Trg. Semua Guru tingkatan 1 terlibat dalam program ini.

Semoga program ini akan memberi impak yang besar kepada pelajar tingkatan 1 yang lemah dalam bacaan dan hafazan.

Kursus Pengendalian Jenazah

SM IMTIAZ K.TRG:Pada 23 okt yang lalu,satu kursus pengendalian Jenazah untuk pasca tingkatan 3 telah di adakan di surau sekolah.

Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan tentang bagaimana cara-cara untuk menyempurnakan proses bermula mandi sehingga dikafankan dengan betul.

Slide2

Lihat gambar seterusya DI SINI

Slide15Slide1Slide10

MAJLIS PENUTUP PROGRAM KHAS ASASI IMTIAZ 2018

34c071c4-598f-417a-9824-ea5d6d1000e6SMIYT KTRG SBT , 17 Julai : Majlis Penutup Program Khas Asasi Imtiaz 2018 telah disempurnakan oleh YB. Haji Maliaman bin Kassim , Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu yang mewakili YB. Haji Satiful Bahri ,Ā Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu.

Turut mengiringi beliau ialah Ustaz Awi bin Salleh , Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam yang mewakili Pengarah JPNT , Encik Mazlan bin Che Wil , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz yang mewakili Pengarah Yayasan Terengganu, Encik Md Imran bin Md Nor , Pengetua Imtiaz K.Trg selaku tuan rumah serta pengetua-pengetua Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu.

Seramai 391 pelajar tingkatan 1 terdiri daripada 6 buah sekolah Imtiaz telah menghadiri majlis tersebut.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

88bbfe26-599f-40d6-97cc-7f9b76fb7546cc9bf8df-a71b-47fe-8152-5e5491662117f4456210-24eb-4eb8-89fb-9534f240af13