Category: Ulul Albab

Program Hafazan dan Kelas Akademik Bermula Seminggu Lebih Awal

KUALA TERENGGANU, 26 Dis: Dengan kehadiran pelajar seramai 349 orang pada petang semalam maka bermulalah Program Hafazan dan Kelas Akademik.

Menurut Ketua jabatan Al-Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz, tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk memantapkan diri pelajar dengan menghafal Al-Quran lebih awal bagi persediaan tahun 2012 nanti. Walaupun seminggu lebih awal dari pelajar sekolah lain, beliau merasakan kaedah ini amatlah sesuai untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang khatam Al-Quran 30 juzuk sepertimana yang telah dilaksanakan pada tahun 2010.

Pada masa yang sama , kelas akademik  juga terus diadakan kepada semua pelajar terutama kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM 2012 nanti.

Malam tadi Penolong Kanan HEM, Tuan Hai Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, telah menyampaikan taklimat kepada semua pelajar.

Walaupun program ini diadakan dalam cuti persekolahan akhir tahun, namun begitu ketika meninjau program ini berjalan, ramai pelajar yang begitu gembira kerana persiapan awal ini akan memberikan semangat yang baru kepada mereka bagi menghadapi sesi 2012 nanti.

Peperiksaan PMR 2011 Berakhir Hari ini

KUALA TERENGGANU, 11 Okt: Lihatlah wajah mereka, begitu ceria sebaik sahaja peperiksaan PMR selesai jam 10.40 pagi tadi.

Seramai 119 pelajar Sekolah Kluster Kecemerlangan ( SKK ) Imtiaz Kuala Terengganu telah menduduki peperiksaan tersebut. Semoga keputusan yang akan diumumkan nanti akan mendapat kelulusan yang terbaik.

Tahniah dan syabas untuk pelajar PMR SKK Imtiaz Kuala Terengganu

Solat Hajat Mohon Restu Ilahi

KUALA TERENGGANU, 2 Okt: Semua pelajar yang bakal  menduduki  peperiksaan PMR yang bermula 4 Okt 2011 telah menghadiri satu majlis mohon restu agar diberikan ketenangan bagi menduduki peperiksaan itu nanti. 

Hadir sama dalam program yang di adakan di Surau Tok Ku Pulau Manis ini ialah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan HEA, Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya, Penolong Kanan Ulul Albab, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip, Semua Ketua Jabatan serta guru.

Semoga majlis ini akan diberkati oleh Allah dan semua bakal calon yang akan menduduki peperiksaan tersebut mendapat kerahmatan dan dapat menjawab soalan dengan penuh ketenangan.

Program Solat Hajat Perdana Bersama Ibu bapa, Guru dan pelajar PMR 2011

KUALA TERENGGANU, 15 Sept: Hampir semua ibu bapa telah menghadiri program ini yang telah diadakan di Surau Tok Ku Pulau Manis, SMIYTKT. Tidak ketinggalan juga semua pihak pengurusan sekolah, semua guru PMR telah menghadiri program ini yang bermula jam 6 petang dan berakhir jam 11 malam.

Menurut Penyelaras Projek PMR 2011, Puan Rozila binti Sulong, Program ini telah dianjurkan di bawah Projek Aspirasi Permata Gemilang PMR 2011.

Tujuan diadakan program ini adalah untuk memotivasikan pelajar tentang pentingnya hubungan dan restu daripada ibu bapa untuk menghadapi peperiksaan.

Disamping itu juga memberi keyakinan dan panduan kepada pelajar agar dapat memantapkan lagi persediaan dalam waktu terdekat menjelang peperiksaan.

Tambahnya lagi, selain daripada itu ianya juga dapat mendedahkan tips tentang keibubapaan untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membimbing anak jagaan mereka khasnya calon PMR 2011.

Selain daripada solat hajat, program yang berunsurkan motivasi telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Mizan bin Mohd Nor.

Gambar seterusnya sila klik DI SINI