Category: Ulul Albab

Alif Fahmi Solo Terbaik Nasyid Sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan 2012

PAHANG, 24 Mac : Tahniah dan syabas kepada anak soleh dan solehah pintar SM Imtiaz Kuala Terengganu kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan apabila kumpulan nasyid, peserta tilawah lelaki dan perempuan masing-masing telah mendapat kedudukan terbaik apabila  diumumkan sempena KARNIVAL NASYID & TILAWAH SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) PERINGKAT KEBANGSAAN yang di adakan di SM Sri Jengka Pahang hari ini.

Sebanyak 12 buah sekolah kluster telah menyertai karnival ini. Dalam pertandingan nasyid, SM Imtiaz Kuala Terengganu menduduki tempat ke 4 dan solo terbaik peringkat kebangssan telah dianugerahkan kepada Mohd Alif Fahmi, pelajar tingkatan 2. Keunikan beliau adalah dapat mendendangkan lagu nasyid sambil bermain alat perkusi.

Sementara itu, Mohd Hasif bin Mohd Kamal pelajar tingkatan 1, peserta tilawah lelaki telah menduduki menduduki tempat ke 2 dan tempat ke 3 bagi kategori perempuan di peringkat kebangsaan sempena karnival tersebut.

Persembahan Nasyid mesti tengok

Syabas di atas kejayaan anak-anak soleh  dan solehah pintar SM Imtiaz Kuala Terengganu.

 

HEART TO HEART OF PEARLS Pelajar Tingkatan 3

LAGUN KUALA IBAI, 22 Feb : Program ini telah di adakan pagi tadi di Lagun Kuala Ibai berhampiran Masjid Terapung. Ianya difokuskan kepada semua pelajar tingkatan 3. Semua guru yang mengajar tingkatan 3 turut hadir. Program ini turut dihadiri Puan Pengetua selaku perasmi program serta semua Penolong Kanan dan juga Ketua Jabatan

Menurut Kaunselor Sekolah, Cikgu Norhidayah, Program ini adalah program yang dijalankan khusus untuk pelajar Tingkatan 3 bagi mencungkil apakah masalah sebenar yang  sedang mereka hadapi. Jadi untuk program ini selain daripada permasalahan yang dibincangkan pada sebelah pagi, pelajar juga diminta membuat peta minda di sebelah petang  bagi setiap sukjek iaitu Sejarah,Geografi Sains dan PAI.

Setiap pelajar akan diberikan satu topik dan mereka akan membuat peta minda berdasarkan topik tersebut yang dikenali sebagai sharing is carring for all.

Sementara itu semua guru dan pelajar yang lahir dalam bulan Januari dan Februari telah diraikan dengan ucapan selamat panjang umur serta dimurahkan rezeki semoga menjadi insan yang terbaik yang sentiasa mentaati perintah Allah dan RasulNya.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya

Video Heart to Heart of Pears

Penyerahan ‘Anak Angkat’

KUALA TERENGGANU, 8 Feb : Sempena Program ‘ Masih Ada Harapan ” satu majlis penyerahan ‘anak angkat’ kepada pihak pengurusan sekolah telah diadakan pagi ini di dataran Anjung kasih di bawah Projek Aspirasi Mutiara Terbilang PMR 2012.

Majlis ini telah disaksikan oleh semua Penolong Kanan, Pengarah Projek PMR 2012, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip juga merupakan Penolong Kanan Ulul Albab, Penyelaras Projek PMR 2012, Cikgu Rozila binti Sulong serta  semua guru yang mengajar kelas tingkatan 3. Dalam majlis ini juga, Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah dan 3 Penolong Kanan yang terdiri dari Penolong Kanan Akademik, Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani dan Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya telah menerima ‘anak angkat’ tersebut.

Bertujuan untuk melihat mereka ini terus berusaha ke arah kecemerlangan akademik serta sahsiah seterusnya mendapat keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang.

Majlis ini dimulakan dengan lafaz ikrar oleh semua pelajar tingkatan 3 di hadapan semua pihak pengurusan serta guru yang mengajar di tingkatan 3. Seterusnya penyerahan ‘anak angkat’ yang dimulai dengan Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Akademik dan terakhir Puan Pengetua sendiri.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya.

Hafazan Al-Quran Setiap Pagi

KUALA TERENGGANU, 29 Jan : Program hafazan Al-Quran merupakan aktiviti wajib bagi sekolah ini. Pada waktu persekolahan, mulai jam 7.30 hingga 9.30 pagi, guru tasmi’ akan mendengar pelajar menghafaz Al-Quran mengikut halaqah masing-masing. Ianya bertujuan untuk melihat sejauhmana pencapaian sebenar pelajar dalam menghafaz Al-Quran  setelah mereka mengulang bacaan di sebelah malam dan subuh.

Guru berkenaan akan mencatat helaian yang dibaca dan dihafaz.