Category: PKS

Lawatan Penanda Aras Koperasi Sek. Agama Men Bandar Baru Salak Tinggi

Slide4SMIYT KTRG SBT , 13 Oktober : Koperasi Sekolah telah menerima kunjungan daripada Koperasi Sek. Agama Men. Bandar Baru Salak Tinggi dalam rangka lawatan bagi melihat suasana dan gerak kerja yang dilakukan oleh koperasi sekolah ini  pada 12 Oktober yang lalu.

Antara lain juga adalah bagi mengukuhkan serta latihan kepenggunaan untuk dijadikan contoh kepada kepada sekolah mereka.

Slide7Slide8Slide9

Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2013

Slide14SMIYT KTRG SBT , 27 Jun : Sambutan Hari Koperasi Peringkat Sekolah telah diadakan di SM Imtiaz K.Trg pada hari ini.

Bermula jam 8.30 pagi tadi majlis telah dimulakan dengan pelepasan burung  dan penanaman pokok serta disusuli dengan persembahan pesilat  Imtiaz K.Trg.

Program ini telah dirasmikan oleh puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah. Beliau telah diiringi oleh semua Ahli Lembaga Koperasi ( ALK ), Penolong Kanan, guru, kakitangan serta pelajar.

Program ini merupakan program tahunan yang saban tahun diadakan di setiap sekolah di seluruh Negara. Sambutan HKS peringkat sekolah ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Tema hari Koperasi tahun ini adalah

” Koperasi : Bersatu Untuk Persekitaran Sejagat”

Slide7Slide31Slide61

Gambar selanjutnya sili klik DI SINI

Program PKS : SMK jalan 3 Bandar Baru Bangi, Selangor

Slide4SMIYT KTRG SBT , 16 Jun : Pihak Koperasi Sekolah telah menerima tamu dari SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi pada 14 Jun yang lalu dan berakhir hari ini.

 

Baca berita seterusnya DI SINI

Program PKS : SMK Raja Puan Muda Tg. Fauziah, Perlis

Slide22SMIYT KTRG SBT , 16 : Seramai 64 pelajar yang terdiri daripada 16 pelajar lelaki dan 48 pelajar perempuan serta 16 orang guru pengiring dari SMK Raja Puan Muda Tg. fauzih, Perlis telah mengunjungi sekolah ini dalam Progarm Koperasi Sekolah.

Program tersebut telah bermula pada 6 – 8 Jun selama 3 hari 2 malam. Mereka telah dibawa melawat tempat yangmenarik sekitar bandar Kuala Terengganu yang diiringi beberapa pelajar sekolah ini serta wakil dari ANGKASA.

 

Berita penuh sila baca DI SINI