Category: Pentadbiran

Sheikh Al Hafiz Dari Palestin Beri Tazkirah Pelajar Imtiaz K.Trg

Slide14SMIYT KTRG SBT , 23 Julai : Pelajar sekolah ini pada hari ini sungguh bertuah kerana dapat bertemu muka dengan Imam dari Negara Palestin dalam kunjungan ke Negara Malaysia.

Sheikh Al Hafiz sudi memberikan tazkirah selepas solat zohor mengenai keadaan hidup di Palestin ketika ini dan kedudukan masjidil Aqsa yang terkini.

Bacaan Doa oleh Sheikh Al Hafiz – Sungguh merdu suaranya

Slide23Slide9Slide26

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Kursus Peluasan Frog VLE

Slide1SMIYT KTRG SBT , 5 Julai : Kursus ini telah diadakan di Makmal IT sekolah ini bermulai 4hb dan berakhir petang ini.

Ianya di bawah Projek 1Bestarinet 2013 yang telah dianjurkan oleh Unit ICT dan Pengkomputeran Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu( JPNT ).

Sebanyak 12 buah sekolah terlibat dalam kursus ini di bawah pengurusan PKG Durian Burung dan PKG Bukit Besar

Slide2Slide3Slide5Slide6Slide4 Slide4

Lawatan Penanda Aras Dari Universiti Islam Jordan

Slide18SMIYT KTRG SBT , 4 Julai : Pihak pengurusan sekolah hari ini telah menerima tetamu dari Luar Negara. Ianya bertujuan melihat sistem pembelajaran yang merangkumi sistem Hafazan Al Quran.

Mereka terdiri daripada 2 orang dari Universiti Islam Jordan , Seorang dari IAB Cawangan Timur , Pengarah Pusat Tahfiz Quran ,Solo, Indonesia dan Pengetua Pusat Tahfiz .

Mereka disambut oleh Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan Ulul Albab Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip dan Ketua Jabatan Agama, Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar

Slide14Slide7Slide6

Lawatan Dari SMA Al Madrasah Alawiyah Ad Diniah, Perlis

Slide7SMIYT KTRG SBT , 30 Jun : Seramai 68 pelajar dan 12 guru pengiring dari SMA Al Madrasah Alawiyah Ad Diniah, Perlis telah mengunjungi sekolah ini jam 9.30 pagi tadi.

Rombongan tersebut yang diketuai oleh Encik Rosman bin Haris, Ketua Waden telah disambut mesra oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Ustazah Faidahnam binti Busu Penolong Kanan Pentadbiran serta Setiausaha sekolah Cikgu Kadijah binti Abdullah dan MPP.

Ketika ini mereka diberi taklimat khas mengenai sekolah di bilik mesyuarat.

Slide2Slide3Slide6

Gambar selanjutnya akan menyusul nanti