Guru-Guru Akademik



































SMIYT KTRG SBT , 12 Mac : Semua Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada 5 buah sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu iaitu SM Imtiaz Besut , SM Imtiaz Dungun , SM Imtiaz Kuala Berang , SM Imtiaz kemaman dan SM Imtiaz Kuala Terengganu telah menghadiri satu ceramah mengenai SPRM yang diadakan di bilik Kuliah 10 pagi tadi.
Mereka terdiri daripada Pengetua ย dan semua Penolong Kanan, kaunselor serta beberapa orang guru yang berkaitan. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan dan makluman mengenai rasuah dan salah guna kuasa.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Tuan Sheikh Ahmadi bin Sheikh Hamidi , Timbalan Pengarah SPRM Negeri Terengganu.
SMIYT KTG SBT , 3 Februari : Pagi ini pihak pengurusan sekolah telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah Negara Brunei Darussalam.
Delegasi ini diketuai oleh Madam Tan Lian Lian , Pemangku Pengarah Kenaziran , Puan Hajjah Ardinah binti Orang Kaya Maha Bijaya Haji Osman , Penolong Pengarah Kenaziran. Mereka telah diiringi oleh Encik Wan Ahmad Hizan bin Wan Hassan , Ketua Nazir Jabatan Kenaziran Negeri Terengganu ( JNJK ) serta wakil Pengarah Yayasan Terengganu , Puan Sharifah Fatzhiyah binti Syed Ahmad , Penolong Pengarah Kanan ( HEA ).
Ketika ini rombongan Jemaah Nazir sedang mengikuti ucapan aluan dari Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta taklimat khas oleh Puan Sharifah Fatzhiyah binti Syed Ahmad dan Ketua Jabatan Al Quran , Ustaz Ridzuan bin Aziz.
Rombongan tersebut kemudian melawat bilik SEM serta Galeri sekolah sebelum menikmati jamuan makan tengahari dan menunaikan solat Zohor berjemaah bersama pelajar sekolah di Surau.
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI