Category: Maklumat Am

Ketua Sektor Pendidikan Islam Rasmi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Akademik Pelajar

Slide14SMIYT KTRG SBT , 17 Julai : Ketua Sektor , Sektor Pendidikan Pendidikan Islam , Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu , Encik Mohd Yuosff bin Rahim hari ini sudi meluangkan masa bagi merasmikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk guru dan kakitangan dan Anugerah Pencapaian cemrerlang matapelajaran bagi tahun 2015.

Seranmai 5orang guru dan 2 orang kakitangan sekolah ini telah mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2015.  mereka ialah

  1. Encik Mohd Yusoff bin Othman – Pengetua sekolah
  2. Puan Marhaini binti Sulaiman – guru
  3. Puan Siti Azlin binti Abd. Rahman – guru
  4. Puan Wan Mardhiana binti Wan Pauzi – guru
  5. Puan Ramlah binti a. rahman – Guru Kaunselor
  6. Puan Ramlah binti Mohd Ali – Tukang Masak
  7. Puan Zaitong binti Draman – Penyelia Asrama

Manakala Anugerah Pencapaian Matapelajaran bagi semua tingkatan 1 , 2 , 3, 4 dan 5.

Semoga dengan penganugerahan ini akan menyuntik semangat untuk terus bekerja dengan lebih proaktif serta melonjakkan nama sekolah  ke peringkat kebangsaan bagi penganugerahan Matapelajaran.

Tahniah dan Syabas!!!

Slide3Slide4Slide11Slide17Slide57Slide88

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Meriah

Slide67SMIYT KTRG SBT , 14 Julai : Majlis Sempena Aidilfitri 2016 peringkat Sekolah telah disambut dengan begitu meriah sekali dengan penuh berwarna warni.

Majlis ini telah diadakan hari ini di dewan  Asyatibi dengan menjemput beberapa orang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Sambutan  ini dimeriahkan lagi dengan selingan lagu-lagu raya yang berkumandang di dewan Asyatibi.

Tahniah dan syabas kepada AJK sambutan perayaan yang berjaya mengadakan majlis seperti ini.

Slide17Slide19Slide62Slide79Slide60Slide69

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016

MAAF ZAHIR & BATIN

Intructional Leadership in Malaysia : Roles , Practices and Challenges in High Performing School ( HPS )

c78bfbc6-2a43-42cd-98a2-43634982b1ea

SMIYT KTRG SBT , 13 Julai : Kaji selidik mengenai kepimpinan Pengetua telah diadakan pada 12 julai. Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi , Tugas sebagai pengetua di sekolah ini amatlah diambil kira agar ianya dapat memacukan pembangunan sekolah samada sistem pembelajaran , pengurusan guru serta staff dan juga kemenjadian murid ke arah yang lebih matang dan menjadikan sekolah ini sekolah yang sesuai dengan nama Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ).

Pegawai dari Institut Aminuddin Baki ( IAB ) Encik Aziz bin Salleh telah mengunjungi sekolah ini bagi tujuan tersebut. Hasil Kajian nanti akan dibentang dan diumumkan di Taiwan pada bulan Disember nanti.

4811a6f2-33c4-4b9e-8d69-966215da41e66bc6ebfc-1ee7-4666-9627-b87a3918ed97c78bfbc6-2a43-42cd-98a2-43634982b1ea

Lawatan Penanda Aras Brawijaya Smart School Kota Malang , Jawa Timur Indonesia

Slide10SMIYT KTRG SBT , 22 Mei : Seramai 3 orang pegawai dari Brawijaya Smart School Kota Malang , Jawa Timur Indonesia telah mengunjungi sekolah ini pagi tadi.

Mereka telah disambut oleh Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman , Penolong Kanan Pentadbiran , Encik Ruslan bin Ibrahim , Penolong Kanan Kokurikulum , Encik Md Nor bin Yahya serta Semua Ketua Jabatan.

Rombongan mereka diketuai oleh Sugeng Riyanto , Kepala Unit Pelaksana Teknis BSS UPT.

Slide3Slide16Slide19Slide1Slide10Slide12

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI