Category: Maklumat Am

Guru dan Pelajar Nikmati ‘ Raja Buah ‘

Slide2SMIYT KTRG SBT , 8 September : Sebagaimana tahun yang sudah , Jamuan raja Buah ( Durian ) terus diadakan. Semua guru dan pelajar menikmati raja buah ini yang amat digemari.

Kelihatan pelajar begitu gembira menikmati “raja buah ” ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah yang menyediakan jamuan ini untuk semua guru dan pelajar.

Slide43Slide53Slide64Slide40Slide58

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 56 Peringkat Negeri Terengganu

Slide66SMIYT KTRG SBT , 31 Ogos : Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 56 Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 31 Ogos 2013 bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu , Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said. Pelbagai jabatan , kementerian dan sekolah telah menganmbil bahagian dalam perarakan ini. Perarakan ini bermula dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan berakhir di Pantai Batu Buruk.

SM Imtiaz K.Trg juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam perarakan ini bagi menunjukkan semangat cinta akan negara yang berdaulat. Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysia Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku.

Slide51 Slide44Slide59Slide67Slide70

Video Perarakan yang melibatkan kontinjen SM Imtiaz K.Trg

Gambar selanjutnya sila kilik DI SINI

Majlis Kesyukuran & Sambutan Hari Raya Aidil Fitri

Slide62SMIYT KTRG SBT , 22 Ogos : Satu Majlis Kesyukuran dan Sambutan Hari Raya telah diadakan hari ini. Ianya berlangsung dengan penuh keriangan dan keyukuran.

Bermula dari pagi lagi semua guru dan kakitangan berganding bahu mengadakan gotong royong bagi persiapan majlis tersebut. Ramai yang hadir menikmati hidangan makan tengahari. Bekas pelajar sekolah ini juga tidak ketinggalan dan mengambil peluang menikmati hidangan tersebut.

Majlis ini diadakan kerana meraikan kejayaan sekolah terutamanya mendapat banyak anugerah seperti Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ) , New Deals 3 tahun berturut-turut.

Tahniah dan syabas

Slide22Slide8Slide48Slide66Slide42Slide36

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Khatam Tadarrus

Slide2SMIYT KTRG SBT , 30 Julai : Majlis Khatam Tadarrus telah diadakan tengahari tadi yang melibatkan semua guru dan pelajar. Ianya adalah sempena Majlis Khatam Al-Quran yang akan bermula petang nanti dan selepas itu semua guru dan pelajar akan berbuka puasa bersama-sama di dewan makan.

Semoga program seumpama ini akan menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Slide6Slide13Slide17

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI