Category: Kurikulum

Lawatan Dari Maahad Hamidiah Kajang Selangor

KUALA TERENGGANU, 30 Apr : Seawal jam 7.15 pagi, pihak sekolah telah menerima kunjungan guru dan pelajar dari Maahad Hamidiah, Kajang Selangor.

Rombongan tersebut telah disambut oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan Ulul Albab, Tuan Haji Mohd Amin Faisal, Ketua Jabatan Al Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz serta beberapa orang guru.

 

Gambar seterusnya

Penghargaan Untuk Pembentangan Terbaik Science World Programme

KUALA TERENGGANU, 29 Apr : Sempena Program Science World yang diadakan baru-baru ini, pihak sekolah telah memberikan penghargaan kepada beberapa orang pelajar dalam pembentangan Science World Programme terbaik yang telah disempurnakan di Dewan Asyatibi.  Semua hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu.

Tahniah dan syabas kepada mereka yang telah menunjukkan bakat serta berani bercakap dan juga dapat mengeluarkan idea-idea yang bernas bagi menjuarai kategori masing-masing.

Gambar penyampaian hadiah

Science World Programme

KUALA TERENGGANU, 24 Apr : Program ini telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah di Makmal Biologi jam 10 pagi tadi.

Ianya diadakan selama 2 hari mulai hari ini dan akan berakhir pada hari esok.

Objektif program ini adalah

1. Untuk menjadikan sains sebagai subjek yang menyeronokkan

2. Menarik minat pelajar kepada pembelajaran sains.

3. Melatih para pelajar supaya lebih kreatif dalam menjalankan eksperimen sains.

4. Mengukuhkan pelajar dengan kemahiran manipulatif.

5. Mengaplikasikan pembelajaran sanis dalam kehidupan seharian.

 

Gambar menarik sila klik

Kem Peningkatan Prestasi Subjek Pendidikan Islam

KUALA TERENGGANU, 17 Apr : Kem ini difokuskan kepada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 yang telah diadakan di Dewan Asyatibi.

Menurut Ketua Jabatan Al-Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz, ianya bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar teknik  menjawab soalan, membuat nota dan sebagainya sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan dan juga memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan tajuk-tajuk yang diberi penekanan.

Gambar selanjutnya