Category: Kurikulum

Kem Memperkasakan Bahasa

Slide1SMIYT KTRG SBT , 5 Jun : Program ini telah diadakan di Dewan Asyatibi yang melibatkan semua pelajar tingkatan 4.

Ianya dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu 5-6hb Kem Memperkasakan Bahasa Inggeris dan 7-8hb Kem Memperkasakan Bahasa Arab.

Bagi mengendalikan program ini, pihak pengurusan telah menggunakan kepakaran dari UiTM dan UNISZA sebagai fasilitator.

Tujuan program ini adalah bagi memperkasakan pengusaan Bahasa di kalangan pelajar dari aspek penulisan dan percakapan. Juga teknik menjawab peperiksaan dengan tepat disamping membiasakan pelajar penggunaan bahasa dalam percakapan. Manakala pada waktu malam pula akan dipenuhi dengan program kerohanian.

Slide2Slide3Slide4Slide5Slide6Slide7Slide9Slide10Slide8

IMG

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2013

Slide4 GONG BADAK , 20 Mei : Majlis Sambutan Hari Guru ke 42 Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak pagi tadi.

Ianya telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu. Turut mengiringi beliau ialah Encik Zakaria bin Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

Seramai 5 orang guru dari sekolah ini terlibat dalam majlis tersebut. Mereka adalah Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd. Ghani, Penolong Kanan HEP, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip, Penolong Kanan Ulul Albab, Cikgu Che Kadijah binti Abdullah, Setiausaha Sekolah dan Cikgu Herdawati binti Muda.

Dalam majlis tersebut telah diadakan penyampaian hadiah bagi pemenang anugerah dan pertandingan.

Berikut adalah keputusan bagi pemenang tersebut.

ANUGERAH TOKOH GURU NEGERI

Tuan Haji Draman bin Muda

 

ANUGERAH GURU BERJASA

1. Melayu – Haji Yusof bin Abd. Karim

2. Cina – Ong Tian Chee

3. India – Tiada

 

ANUGERAH TOKOH NILAM NEGERI

Puan Nor Khatimah @ Nor Khasimah binti Ismail – SMK Bukit Tunggal

 

ANUGERAH PENGURUSAN PPD CEMERLANG NEGERI

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu

 

ANUGERAH PENSYARAH INOVATIF

Dr. Hajah Rohani binti Abdul Hamid – IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

 

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN PIBG

Dr. Zulkifli bin Awang – SMK Bukit Mentok

 

ANUGERAH PENGURUSAN PIBG CEMERLANG

1. Rendah(Bandar) – SK Tengku Ampuan Intan

2. Menengah(Bandar) – SMK Padang Midin

3. Rendah(Luar Bandar) – SK Telok Kalong

4. Menengah(Luar Bandar) – SMK Guntong

 

ANUGERAH PENGURUSAN SEKOLAH CEMERLANG NEGERI(M/R)

1. Rendah – SK Sultan Sulaiman 1

2. Menengah – SM Imtiaz Besut

 

ANUGERAH KEPIMPINAN TMK / ICT

Tuan Haji Sabri bin Abidin Sulong – SK Telok Kalong, Kemaman

 

ANUGERAH PENGURUSAN eBOOK TERBAIK

1. Rendah – SK Kompleks Seberang Takir

2. Menengah – SMK Putera Jaya, Setiu

 

ANUGERAH GURU INOVATIF

1. Pra Sekolah – Roziah binti Ibrahim – SK Pauh, Kuala Berang

2. Rendah – Tiada

3. Menengah – Tuan Haji Kasman bin Embong – SMK Matang, Hulu Terengganu

4. Kumpulan Sekolah Rendah – SK Wakaf Mempelam

5. Kumpulan Sekolah Menengah – SMK Guntong

 

ANUGERAH GURU PENDIDIKAN KHAS CEMERLANG

Puan Zainida Zaharah binti Zainuddin – SMK Bukit Besar

 

ANUGERAH GURU KELAINAN UPAYA CEMERLANG

Encik Che Arshad bin Yasin – SK Kg. Buloh, Setiu

Slide1Slide6Slide11

SM Imtiaz K.Trg Buat Kejutan

Slide20SMIYT KTRG SBT, 28 April : SM Imtiaz K.Trg telah melakar sejarah dalam bidang sukan apabila menggondol Johan Keseluruhan Sukan MASMAT dan Johan keseluruhan Perempuan dalam pertandingan sukan MASMAT akhir yang telah diadakan di SMA Setiu baru-baru ini.

Dengan menghantar 5 pasukan dalam acara Bolajaring Men. Atas, Bola Jaring Men. Ren, Pingpong Perempuan Men. Atas, Pingpong Perempuan Men. Ren dan Bolatampar lelaki, pasukan sekolah telah berjaya menewaskan sekolah lain dengan membawa pulang 4 Johan dan 1 Naib Johan sekaligus dinobatkan Johan Keseluruhan temasya sukan tersebut.

Bukan itu sahaja, pasukan kompang sekolah juga telah muncul Naib Johan Peringkat Negeri Terengganu anjuran Jabatan pelajaran Negeri Terengganu bvaru-baru ini.

Penghargaan mereka dan hadiah telah disampaikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah semasa perhimpunan sebentar tadi

Tahniah kepada pasukan sekolah di atas kejayaan itu.

Slide14Slide24Slide11

Keputusan

Bola Jaring Men. Ren – JOHAN

Bola Jaring Men. Atas – NAIB JOHAN

Pingpong Perempuan Men. Atas – JOHAN

Pingpong Perempuan Men. ren – JOHAN

Bola Tampar Lelaki – JOHAN

 

JOHAN KESELURUHAN PEREMPUAN – SM IMTIAZ KUALA TERENGGANU

JOHAN KESELURUHAN SUKAN MASMAT AKHIR – SM IMTIAZ KUALA TERENGGANU

Kolaborasi Imtiaz K.Trg Dengan SM Sains Tg Muhammad Faris Petra

Slide3SMIYT KTRG SBT , 26 April : Seramai 15 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 bersama 3 orang guru pengiring telah memulakan program tersebut pada 22 April yang lalu dan telah berakhir pada 25 April.

Program ini diadakan di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhamamd Faris Petra.

Tujuan program ini adalah bagi mengambil input tentang pergerakan akademik sekolah tersebut yang sudah sedia maklum terkenal dengan kecemerlangannya terutama dalam matapelajaran Matematik Tambahan.

Semoga program ini juga akan memebri kelebihana kelebihan kepada pelajar khususnya dan sekolah amnya untuk melihat kejayaan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

Guru pengiring bagi program ini ialah Cikgu Siti Nadiah, Ustazah Zuraida dan Cikgu Herdawati binti Muda.

Slide1Slide2Slide3

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.