Category: Kurikulum

Majlis Temu Murni dan Solat Hajat PT3

Slide14SMIYT KTRG SBT , 1 Oktober : Majlis Temu Murni untuk Pelajar PT3 telah diadakan pada tengahari tadi di Dewan Asyatibi yang melibatkan guru matapelajaran, ibubapa dan juga pelajar.

Mereka juga diberi peluang untuk bertanya kepada guru tentang tahap pencapaian anak-anak mereka dalam ujian-ujian yang lalu. Terdahulu dari itu , satu ceramah telah diadakan di Surau yang dikendalikan oleh penceramah yang dikenali sebagai nama Pak Anjang. Semoga program ini akan memberi satu semangat yang baru kepada pelajar PT3 agar memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Slide9Slide2Slide12

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Ceramah Motivasi Tingkatan 5 Oleh KPP Bahagian Pengurusan Imtiaz

Slide3SMIYT KTRG SBT , 1 Oktober : Encik Mazlan bin Che Wil , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz telah sudi meluangkan masa bersama-sama dengan guru dan pelajar tingkatan 5 sekolah bagi memberi suntikan semangat dalam ceramah motivasi kelmarin. Semoga ianya memberi manfaat yang berguna kepada pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia tidak berapa lama lagi.

Terdahulu dari itu, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan semua guru di bilik Mesyuarat.

Slide2Slide1Slide4Slide5Slide6

Ujian Lisan Bahasa Inggeris PT3 2015

DSCF2747

SMIYT KTRG SBT : Ujian Lisan Bahasa Inggeris bagi calon PT3 telah diadakan pada hari Rabu yang lalu. Ujian ini telah diadakan di sekolah ini dan panelnya terdiri daripada guru disekolah ini juga.

DSCF2751DSCF2750DSCF2748

 

Temu Murni Tingkatan 5 Bersama Ibubapa

Slide14SMIYT KTRG SBT : Program Temu Murni tingkatan 5 telah diadakan baru-baru ini yang dihadiri ibubapa serta guru. Bertujuan untuk berkongsi maklumat serta mendengar tahap pencapaian yang dimaklumkan sendiri oleh guru matapelajaran.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Slide15

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI