Category: Kokurikulum

MASMAT Awal , Imtiaz Kuala Terengganu Mula Langkah Kanan

Slide3SMIYT KTRG SBT , 11 Mac : Sekalung tahniah dan setinggi ucapan syabas kepada kontinjen sekolah ini yang telah berjuang dalam menghadapi pesta sukan MASMAT Peringkat awal yang telah bermula 6 Mac dan berakhir 8 Mac yang lalu di SM Imtiaz Kuala Berang.

Dalam temasya tersebut kontinjen pasukan perempuan dinobatkan johan keseluruhan dengan memenangi 4 acara iaitu Bola Jaring Menengah atas dan Bawah , Pingpong Menengah atas dan bawah manakala kategori lelaki Sepaktakraw menengah atas.

Pasukan tersebut akan mewakili peringkat akhir yang akan di adakan di Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) tidak berapa lama lagi.

Tahniah !!!!

IMG-20140308-WA0011Slide1Slide2Slide4

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

AL FATEH DRIVEN UMMAH

Semangat Juang Al Fateh

Slide196Slide198SMIYT KTRG SBT , 6 Mac : Majlis penyerahan bendera sekolah ke Sukan MASMAT telah diadakan petang kelmarin yang disaksikan oleh Puan Pengetua seterusnya menyerahkan bendera kepada ketua kontinjen untuk berjuang bagi merebut peluang dalam acara sukan.

Pertandingan ini diadakan bermual petang inidan berakhir petang sabtu nanti. SM Imtiaz Kuala Berang menjadi tuan rumah bagi temasya kali ini. Sebanyak 5 buah sekolah akan menyertai acara ini yang terdiri SM Imtiaz Besut , SM Imtiaz Kemaman , SM Imtiaz Dungun , SM Imtiaz Kuala Terengganu dan SM Imtiaz Kuala Berang.

Semoga semangat Al Fateh terus berada di dalam jiwa peserta sekolah ini.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

AL FATEH DRIVEN UMMAH

Aimi Husaini Johan Sahiba

Slide1 (2)KUALA TERENGGANU , 25 Februari : Pelajar sekolah ini , adik Aimi Husaini bin Azman telah mempamerkan kesungguhan dan semangat juang yang tinggi apabila diumumkan Johan Pertandingan Sahiba Daerah Kuala Terengganu Selatan yang diadakan di SMK Manir hari ini.

Pihak sekolah telah menghantar 2 orang wakil iaitu beliau sendiri dan Aqlima yang mendapat tempat ke 5.

 

Tahniah untuk anak-anak Al fateh

 

 

Kesungguhan Pelajar Hasilkan Kejayaan di Peringkat Negeri Dan Kebangsaan

SMIYT KTRG SBT , 25 Februari : Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pelajar sekolah ini yang berjaya mewakili Negeri dalam acara catur ke Peringkat Kebangsaan di Negeri Sarawak pada bulan april ini.

Manakala 2 orang pelajar perempuan yang menyertai bola jaring telah berjaya mewakili daerah ke Peringkat Negeri yang diadakan pada 20 – 21 yang lalu. Terdahulu Pasukan bola jaring sekolah telah mendapat JOHAN dan Naib Johan  MSSDKTS yang telah diadakan pada 15 – 17 Februari yang lalu.

Slide2 (2)

Slide2 (2)Slide3

Tahniah!!!

” AL FATEH DRIVEN UMMAH “