Selamat datang dan selamat menempuh alam sekolah menengah kepada semua pelajar Tingkatan 1.
Semoga perjalanan putera dan puteri baharu iKT dipenuhi dengan kejayaan, pengalaman bermakna serta pembentukan sahsiah terpuji, seiring kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Waktu pagi hari ke-5 minggu transisi, aktiviti senamrobik secara beramai-ramai melibatkan semua guru dan pelajar telah diadakan di perkarangan dataran sekolah. Objektif aktiviti ini adalah untuk melahirkan generasi pelajar yang cergas dan sihat serta membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Disamping itu, aktiviti ini juga dapat membina keyakinan diri pelajar supaya yakin untuk melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.
Galeri gambar dan video boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Hari kedua tanpa PdPC, para pelajar didedahkan dengan aktiviti gotong-royong bersama para guru yang mana ia merupakan salah satu aktiviti yang perlu dilaksanakan setiap tahun di awal pembukaan sekolah. Ia bertujuan untuk membersihkan kawasan sekolah dan mengalakkan warga sekolah mengitar semula bahan-bahan terbuang. Di samping itu juga ia menyediakan persekitaran yang selamat kepada pelajar dan menceriakan persekitaran sekolah agar dapat menarik minat pelajar untuk ke sekolah.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) daripada kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan dalam usaha mencegah pelakuan kes jenayah termasuk buli membabitkan pelajar. Kehadiran PPS memang untuk mencegah bukan sahaja kes buli tetapi lain-lain kes jenayah yg melibatkan pelajar dengan kerjasama pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Justeru itu, Pegawai Perhubungan Sekolah Daerah Kuala Terengganu, Inspektor Mohd Fadli Ismail telah hadir ke sekolah untuk memberi kesedaran tentang bahaya jenayah, dadah dan gengsterisme serta memberi khidmat nasihat keselamatan dan disiplin kepada semula pelajar sempena pembukaan penggal pertama persekolahan bagi sesi 2026 yang bermula sejak jam 7.20 pagi.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.