Category: Asrama

Program Bersama Imam Muda Fakhrul Razi

KUALA TERENGGANU, 4 Mac : Finalis Imam Muda 2011, Imam Muda Fakhrul Razi telah diundang ke majlis sesi ceramah yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Kerohanian dengan kerjasama unit Asrama telah diadakan pada malam ini.

Majlis ini bermula jam 9.45 dan berakhir 11.15 malam. Menurut Setiausaha Badan Dakwah dan Kerohanian, Ustaz Wan Ubaidillah bin Wan Nawi, program ini bertujuan memberi pendekatan dakwah serta ilmu kepada pelajar disamping berkongsi pengalaman dengan penceramah.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah dan Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani.

Gambar selanjutnya.

Gotong Royong Di Asrama

KUALA TERENGGANU, 24 Feb : Gotong royong adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara bersama-sama dan bersifat suka rela agar kegiatan yang dikerjakan dapat berjalan dengan lancar, mudah dan ringan. Sikap gotong royong itu seharusnya dimiliki oleh seluruh elemen atau lapisan masyarakat yang ada.

Dengan sebab itu sekolah yang mempunyai asrama perlulah menitikberatkan gotong royong. Asrama SM Imtiaz Kuala Terengganu juga tidak ketinggalan mengamalkan konsep sebegini. Aktiviti ini dijalankan pada minggu pelajar asrama tidak pulang ke kampung dan menjadi amalan mingguan kepada sekolah ini. Sebagai contohnya mengadakan gotong royong membersih asrama pada pagi ini.

Menurut Penolong Kanan HEM , Tuan haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, ianya merupakan aktiviti mingguan yang dilakukan bagi memastikan keadaan bilik samada bilik tidur, bilik rehat serta kawasan asrama sentiasa bersih .

Semoga amalan seumpama ini diteruskan bagi melahirkan ramai pelajar yang mengamalkan sikap yang baik.

Suasana GOTONG ROYONG

Lafaz Ikrar MPS, MPA dan Leaders Dorm

KUALA TERENGGANU, 15 Feb : Pagi ini satu lafaz ikrar taat setia kepada pengurusan Sekolah dan Asrama telah dilaksanakan di hadapan Pengetua dan Penolong Kanan HEM oleh Majlis Pengawas Sekolah, Majlis Pengawas Asrama serta Leaders Dorm ( Ketua Bilik Asrama ).

Lafaz ini diketuai oleh Ketua MPA iaitu Ahmad Baihaqi bin Lukman pelajar tingkatan 5. Semoga mereka akan terus berkhidmat sebagai pemimpin yang telah diberi tanggungjawab dan amanah untuk menjadi keharmonian Sekolah dan Asrama.

Lihat GAMBAR seterusnya.

Adam Afdal Bercita-Cita Menjadi Imam Masjidil Haram

KUALA TERENGGANU, 31 Jan : Pernah satu ketika dahulu, artikal ini memaparkan mengenai seorang pelajar tingkatan lima yang bernama Muhammad Hud Al-Hashir yang bercita-cita mahu  menjadi Imam di Masjidil Haram, namun pada tahun 2012,pihak pengurusan asrama dapat mengesan seorang lagi  pelajar tingkatan satu mempunyai cita-cita yang sama.

Beliau merupakan putera hasil perkongsian hidup Encik Eddy Zuraidi yang bekerja sebagai jurutera TNB Bangsar, Kuala Lumpur dengan Puan Norazida yang bertugas sebagai Penganalisa Kewangan di Permodalan Nasional Berhad Kuala Lumpur. Beliau yang dimaksudkan ialah Adam Afdal yang berusia 13 tahun. Dilahirkan di Subang jaya.  Beliau adalah anak sulong dari 3 adik beradik.

Pada bulan mac 2011, beliau bersama kedua ibubapanya menunaikan umrah selama 2 minggu. Berkebolehan dalam hafazan Al-Quran dan pernah memasuki Pertandingan Hafazan Al-Quran peringkat daerah Petaling dan mendapat tempat ketiga. Mewakili sekolah dalam acara bolasepak dan pernah menjadi imam di surau sekolah.

Semoga hasrat beliau untuk menjadi imam di Masjidil Haram suatu masa nanti dimabulkan oleh Allah.