Category: Asrama

Hari Sukan Asrama

Slide174SMIYT KTRG SBT , 8 Mac : Hari sukan Asrama telah diadakan pada 5-6 mac yang lalu. Ia merupakan acara tahunan asrama.

Pelbagai acara dipertandingkan anataranya gusti lengan, sukaneka , formal dinner dan banyak lagi. Ia juga bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain serta mengadakan pertandingan sihat antara firqah.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya.

Latihan Kawad Kaki Setiap Jumaat

Slide3SMIYT KTRG SBT , 30 Januari : Latihan Kawad kaki merupakan aktiviti mingguan yang telah diadakan pada tahun-tahun  kebelakangan ini. Ia merupakan latihan kecergasan diri yang dikendalikan oleh Encik Wan Hassan bin Wan Ibrahim, Penyelia Tugas-tugas khas yang dilantik oleh Pihak Yayasan Terengganu. Latihan ini bermula jam 7.30 – 8.30 pagi setiap jumaat minggu pelajar berada di asrama.

Hari ini tumpuan kepada pelajar tingkatan 1 yang baru menduduki asrama supaya mereka mengetahui selok belok tentang pentingnya kawad kaki ini yang merupakan aktiviti mingguan semasa pelajar berada di asrama.

Slide4Slide3Slide2Slide1

Lawatan Penanda Aras Pengawas Asrama SMKA Al Irshad Pulau Pinang

Slide4SMIYT KTRG SBT , 2 November : Pihak Pengurusan Asrama Sekolah hari ini telah menerima kunjungan daripada SMKA Al Irshad, Pulau Pinang yang merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi KPM dalam lawatan Penanda Aras Pengawas Asrama.

Mereka telah disambut oleh Penolong Kanan HEM , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abdul Ghani bersama semua warden asrama. Mereka kemudian dibawa melawat Surau sekolah dan Balai Quran untuk melihat pelajar menghafaz Al Quran dan juga melawat asrama.

Satu taklimat khas mengenai asrama telah disampaikan oleh Ustaz Ridzuan bin Aziz selaku ketua warden.

Slide21Slide11Slide19

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Taman Asrama Berubah Wajah

Slide6SMIYT KTRG SBT , 5 Jun : Sempena musim cuti persekolahan ini, pihak pengurusan asrama telah mengambil langkah melakukan kerja-kerja pembersihan persekitaran asrama agar nampak ceria.

Sehubungan dengan itu, semua kakitangan asrama serta dibantu pekerja swasta telah melaksanakan kerja-kerja yang murni ini dan akhirnya dapat menyelesaikan kerja-kerja tersebut.

Slide3Slide4Slide5Slide7Slide8Slide9Slide10

Tahniah