Category: Am

Kursus Pemantapan ICT

Slide3SMIYT KTRG SBT , 10 November : Bagi meningkatkan lagi kualiti dan mutu P&P guru, satu kursus Pemantapan ICT – NKRA, HOT & Exe-Learning telah diadakan bermula 9.00 hingga 12.30 tengahari tadi.

Semoga dengan adanya kursus ini , sekurang-kurangnya semua guru dapat menggunakan kaedah ICT dengan sempurna selaras dengan zaman ICT ini.

Kursus ini dikendalikan oleh Guru Pakar ICT sekolah ini.

Slide5Slide4Slide1

Karnival Seni Khat

Slide1Taman Tamadun Islam , 9 November : Pertandingan ini telah diadakan di dewan seminar Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man , Kuala Terengganu pagi tadi. Pertandingan sempena karnival Seni Khat ini dianjurkan oleh Persatuan Seni Khat Terengganu dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka ( DBP ) yang menawarkan 3 pemenang utama dan 7 saguhati.

Pertandingan dibahagikan kepada 4 kategori iaitu bawah 12 tahun , 15 tahun , 18 tahun dan terbuka dengan menggunakan kaedah khat nasakh dan thuluth.

Bagi pertandingan seni khat thuluth, sekolah ini telah menghantar 4 orang pelajar yang terdiri daripada Mohd Amin Khalili , Mohd Shhrul Azwan , Ahmad Hafiz Aminuddin dan Mohd Ikhlas bin Mohd Kamal. Manakala bagi kategori khat nasakh pula terdiri daripada Asmiah Nraini Mohd Nor , Nur Ain Jaafar dan Syarifah Nururl Nadia Sy. Ibrahim Halmi.

Mohd Amin Khalili telah menerima hadiah saguhati bagi kategori khat thuluth manakala Nur Ain Jaafar menerima saguhati bagi kategori khat nasakh,

 

Slide6Slide5Slide3

Tahniah dan syabas!!!!

 

 

 

 

Kursus Haji

Slide103SMIYT KTRG SBT , 7 November : Kursus Haji telah diadakan sebentar tadi yang mana semua pelajar tingkatan 4 menjadi kumpulan sasar,

Kursus ini telah menerangkan tentang cara-cara mengerjakan haji serta rukun-rukunnya. Ianya telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Zulkifli bin Muda dari SM Imtiaz Kuala Berang.

Semoga kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar agar dapat mengetahui kaedah yang betul apabila menunaikan haji kelak.

Slide26Slide31Slide87Slide120Slide145Slide132

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

SPM 2013 Telah Bermula

Slide49SMIYT KTRG SBT , 6 November : Seramai 97 calon SPM sekolah ini telah menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 yang bermula pagi tadi.

Dengan harapan yang begitu tinggi, semoga calon SPM ini akan terus melakar kejutan bagi mencipta kejayaan yang paling manis dalam hidup mereka.

Harapan guru juga agar mereka terus tenang menjawab soalan yang dikemukakan. Puan pengetua tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat berjuang dan memberi motivasi agar tidak patah semangat.Terus berjuang untuk mendapatkan sebutir mutiara  yang diidamkan.

Slide2Slide51Slide6Slide31Slide36Slide43

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

SELAMAT BERJUANG WAHAI ANAK-ANAK SOLEH & SOLEHAH

PINTAR SM IMTIAZ K.TRG