Category: Am

Program Penandaarasan Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah Negara Brunei Darussalam

Slide3SMIYT KTG SBT , 3 Februari : Pagi ini pihak pengurusan sekolah telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah Negara Brunei Darussalam.

Delegasi ini diketuai oleh Madam Tan Lian Lian , Pemangku Pengarah Kenaziran , Puan Hajjah Ardinah binti Orang Kaya Maha Bijaya Haji Osman , Penolong Pengarah Kenaziran. Mereka telah diiringi oleh Encik Wan Ahmad Hizan bin Wan Hassan , Ketua Nazir Jabatan Kenaziran Negeri Terengganu ( JNJK ) serta wakil Pengarah Yayasan Terengganu , Puan Sharifah Fatzhiyah binti Syed Ahmad , Penolong Pengarah Kanan ( HEA ).

Ketika ini rombongan Jemaah Nazir sedang mengikuti ucapan aluan dari Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta taklimat khas oleh Puan Sharifah Fatzhiyah binti Syed Ahmad dan Ketua Jabatan Al Quran , Ustaz Ridzuan bin Aziz.

Rombongan tersebut kemudian melawat bilik SEM serta Galeri sekolah sebelum menikmati jamuan makan tengahari dan menunaikan solat Zohor berjemaah bersama pelajar sekolah di Surau.

 

Slide6Slide5Slide2Slide1Slide4Slide3

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Keputusan Pertandingan Catur KTS 2014

Slide3SMIYT KTRG SBT ,19 Januari : Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya telah sudi meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dalam pertandingan catur peringkat daerah Kuala Terengganu Selatan ( KTS ) petang ini

Tahniah dan syabas kepada semua pemenang yang ย akan mewakili Daerah Kuala Terengganu Selatan ( KTS ) untuk ke peringkat seterusnya.

Slide4Slide7Slide6Slide5Slide4Slide3Slide2Slide1

Motivasi Pelajar Tingkatan 3

Slide1SMIYT KTRG SBT , 29 Januari : Program motivasi yang diadakan pada petang ini adalah untuk memberi perangsang yang membina bagi menaikkan semangat pelajar yang akan menghadapi peperiksaan nanti.

Program ini telah dikendalikan oleh Cikgu Ridzuan dari SMK Tun Telanai.

Slide1Slide2Slide3Slide4Slide5

 

Shabaabul Fateh Johan Nasyid AADK Negeri Terengganu 2014

Slide53TELUK KETAPANG , 29 Januari : Setinggi tahniah dan syabas kepada pasukan nasyid sekolah yang telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan yang diadakan pagi tadi.

Pertandingan ini adalah anjuran AADK dengan kerjasama Yayaysan Terengganu , Yayasan islam terengganu dan MAIDAM sempena program Maulidur Rasul.

Ianya diadakan di Homestay Teluk Ketapang Kuala Terengganu.

Slide87Slide110Slide108

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Video Nasyid Shabaabul Fateh – sedang diproses