Category: Am

Tuan Haji Abdul Razak Rasmi SUMUR 2014

Slide8SMIYT KTRG SBT , 16 Mac : Sahsiah Unggul Murid ( SUMUR ) telah dirasmikan hari ini oleh Tuan Haji Abdul Razak bin Jusoh , Penyelia Kanan Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam , Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Antara objektif program ini ialah menyemarakan amalan beridat dan pembudayaan ilmu dalam kalangan pelajar. Selaian bertujuan menyuburkan budaya berbudi bahasa serta membina jati diri, tetap pendirian , semangat juang yang tinggi dan menggalakkan pelajar supaya berpenampilan selari dengan pandangan islam.

Program ini merupakan salah satu program yang telah dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Islam untuk SMKA , SMA dan SABK.

Selepas merasmikan program tersebut, beliau telah sudi meluangkan masa untuk menyampaikan watikah perlantikan naqib dan naqibah.

Slide1Slide30Slide45

Gambar penerima watikah perlantikan naqib dan naqibah sila klik DI SINI

 

Bahas Bahasa Inggeris Peringkat KTS

Slide5SMIYT KTRG SBT , 13 Mac : Pertandingan Bahas dalam Bahasa Inggeris telah diadakan pagi ini di bilik kuliah menyaksikan SM Imtiaz Kuala Terengganu berentap dengan SMKA Sheikh Abdul Malek bagi merebut satu tempat untuk melayakkan mewakili Daerah Kuala Terengganu Selatan ( KTS ).

Slide6Slide4Slide3

Semua Pengurusan SM Imtiaz Yayasan Terengganu Hadiri Ceramah SPRM

Slide19SMIYT KTRG SBT , 12 Mac : Semua Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada 5 buah sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu iaitu SM Imtiaz Besut , SM Imtiaz Dungun , SM Imtiaz Kuala Berang , SM Imtiaz kemaman dan SM Imtiaz Kuala Terengganu telah menghadiri satu ceramah mengenai SPRM yang diadakan di bilik Kuliah 10 pagi tadi.

Mereka terdiri daripada Pengetua ย dan semua Penolong Kanan, kaunselor serta beberapa orang guru yang berkaitan. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan dan makluman mengenai rasuah dan salah guna kuasa.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Tuan Sheikh Ahmadi bin Sheikh Hamidi , Timbalan Pengarah SPRM Negeri Terengganu.

Slide21Slide20Slide17Slide16

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Peringkat KTS

Slide14SMIYT KTRG SBT , 12 ย Mac : Sebanyak 10 buah sekolah telah menyertai pertandingan bahas peringkat Kuala Terengganu Selatan. Sekolah ini terpilih menjadi Tuan Rumah yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Sekolah tersebut ialah SMK Dato’ Razali , SMK Sultan Mansor , SMK Tengku Bariah , SMK Sultan Sulaiman , SMK Padang Negara , SMK Seri Nilam , SMK Panji Alam , SMKA Sheikh Abdul Malek , SMK Bukit Besar dan SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Johan pada pertandingan kali ini akan mewakili peringkat Daerah Kuala Terengganu Selatan.

Slide15Slide12Slide11Slide10Slide9Slide8Slide7Slide5Slide6Slide4Slide3Slide2Slide1