Category: Am

Mesyuarat Agung Badan Beruniform 2016

IMG-20160105-WA0065

SMIYT KTRG SBT , 6 Januari : Mesyuarat Agung bagi tahun 2016 telah diadakan bagi melantik melantik jawatankuasa serta aktiviti tahunan yang perlu dilaksanakan pada tahun 2016.

Ianya diadakan petang kelmarin di beberapa lokasi seperti di dewan, perpustakaan , bilik kuliah dan sekitarnya.

IMG-20160105-WA0066IMG-20160105-WA0049

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Sambut Sesi Persekolahan 2016 Dengan Bacaan Yasin dan Solat Hajat

Slide4 SMIYT KTRG SBT , 3 Januari : Seawal jam 7.40 pagi tadi , Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman, semua guru dan kakitangan dan pelajar berada di Surau Sekolah bagi mengikuti Bacaan Yasin dan Solat Hajat. Ianya merupakan sebagai menyambut tahun baru sesi persekolahan 2016 agar semua guru , kakitangan serta pelajar mendapat kehidupan yang lebih cemerlang di dunia dan akhirat.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal , Penolong Kanan Ulul Albab dan dikuti oleh solat Hajat yang diimamkan oleh Beliau sendiri.

Semoga tahun ini mendapat keberkatan yang berpanjangan

Slide5Slide2Slide16

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Kem Pecutan TOV SPM dan PT3 2016

IMG-20151229-WA0036

SMIYT KTRG SBT , 29 Disember : Bermula pada hari ini kem Pecutan TOV SPM dan PT3 bagi sesi 2016 akan dijalankan sehingga 2 Januari 2016.

Ianya bertujuan sebagai persiapan awal bagi menghadapi peperiksaan Awam yang bakal dihadapi oleh calon berkenaan.

Satu taklimat telah diadakan hari ini dimulai dengan ucapan dari Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman yang mengalu-alukan kehadiran semua pelajar untuk mengikut kem tersebut. Ianya disusuli oleh taklimat khas mengenai kem ini oleh Penolong Kanan Pentadbiran , Encik Ruslan bin Ibrahim.

Semoga kem ini akan menjadi titik tolak bagi menggapai kejayaan nanti.

IMG-20151229-WA0037IMG-20151229-WA0038IMG-20151229-WA0035IMG-20151229-WA0034IMG-20151229-WA0021IMG-20151229-WA0020IMG-20151229-WA0040 IMG-20151229-WA0041 IMG-20151229-WA0042 IMG-20151229-WA0043 IMG-20151229-WA0044 IMG-20151229-WA0045

PT3 2015 – SM Imtiaz Kuala Terengganu Capai Keputusan Cemerlang

Slide40SMIYT KTRG SBT, 14 Disember : Seramai 117 calon PT3 telah menerima keputusan di Dewan Asyatibi hari ini. Keputusan PT3 telah diumumkan oeh Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman.

Keputusan yang diumumkan hari ini sungguh membanggakan apabila serama 33 calon telah mendapat 11 A , 41 calon mendapat 10 A, 20 calon mendapat 9 A, 9 calon mendapat 8 A, 10 calon mendapat 7 A dan 4 calon mendapat 6 A.

Tahniah dan syabas kepada semua guru dan pelajar yang mengharumkan nama sekolah Tidak lupa juga diucapkan syabas kepada semua ibubapa yang banyak membantu pihak sekolah.

Senarai nama pelajar yang mendapat 11 A klik di sini – VIDEO

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Slide10Slide31Slide2