Category: Am

Team Inovasi Sekolah Ditawarkan Ke Romania

 

a8045ddf-0968-441d-9548-6b32668d7116

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS , 10 April : Sekalung Tahniah kepada Team Inovasi Sekolah yang diketuai oleh Cikgu Saripah binti Embong bersama 3 orang pelajar telah mendapat penghargaan yang begitu tinggi apabila ditawarkan membuat pameran di Romania bermula 19 hingga 21 Mei 2016.

International Engineering Invention and Innovation Exhibition (i-envex 2016) yang bermula pada 8-10 april 2016 telah diadakan di Dewan Ilmu Universiti Malaysia Perlis ( UNIMAP ) yang disertai sebanyak 20 buah Negara dan 123 buah high School. SM Imtiaz YT Kuala Terengganu dalam kategori A iaitu Agriculture,Environmental and Renewable Energy.

Sekolah ini telah mencapai gold Prize dan Special Award daripada Romanian Inventors Forum (RIF) iaitu special price:Free Booth at 8th European Exhibition of Creativity and Innovation 19-21 may 2016 di Iasi-Romania. Peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 4 iaitu Afrina Mardhiah bt Ab Manan ,Nur Athirah bt Noor Asa’ari, Hanie Hayatie bt Hashim dan guru pembimbing iaitu Cikgu Saripah bt Embong dan Cikgu Mokhtar bin Sidek.

Sekalung Tahniah kepada Team Inovasi Sekolah terutamanya anak-anak Al Fateh.

1fed0c08-4181-4990-9b87-1cad26f9c4921636b8f1-ff75-4f7a-bb82-096b24a8f6c3b4e6fa05-2f6f-48df-9fbf-3a74a8377e33

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Lawatan Penanda Aras SMK Putra , Kangar , Perlis

Slide10SMIYT KTRG SBT , 10 April : Seramai 44 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Putra , Kangar , Perlis telah mengunjungi sekolah ini dalam rangka lawatan Penanda Aras.

Rombongan tersebut telah disambut oleh Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman , Penolong Kanan HEM , Encik Ahmad Ridhuan bin Abdul Ghani , Encik Mohd Nor bin Yahya , Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip , Penolong Kanan Ulul Albab dan Ketua-ketua Jabatan.

Mereka telah di bawa meninjau tempat pelajar menghafaz Al Quran iaitu di Balai Quran dan Di Surau sebelum ke Bilik Mesyuarat untuk mendengar taklimat mengenai pembangunan sekolah dan juga sistem Pengajaran dan Pembelajaran di sini.

Slide1Slide2Slide3Slide4Slide5Slide6Slide7Slide8Slide11Slide12

 

Tahniah!!! Bola Jaring Menengah Atas JOHAN

bae84fe9-f1fc-4a07-8446-28a6f94fb545

SMI YT KEMAMAN , 6 April : Sekalung tahniah diucapkan kepada team Bola Jaring Menengah Atas kerana berjaya menjadi JOHAN dalam perlawanan akhir bertemu dengan i Quber sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu diharap dapat memberi suntikan semangat kepada team yang lain bagi menaikkan nama sekolah. Terima kasih juga kepada jurulatih dan semua yang terlibat.

Keputusan perlawanan akhir

i Cute VS i Quber ( 18 – 14 )

Tahniah dan Syabas!!!

9e239ad6-a75f-4ff4-8bb2-8f2989b5e3d79f087227-4ef0-416d-ba63-703da543a1fb10dcd979-5afa-4755-9124-3cf7670241d6

Lawatan Kerja Pegawai Dari Pusat Bahasa Arab Selangor Darul Ehsan

Slide8SMIYT KTRG SBT , 6 April : Seramai 11 orang Pegawai dari Pusat Bahasa Arab Selangor Darul Ehsan telah mengunjungi sekolah pagi tadi.

Rombongan tersebut yang diketuai oleh Encik Bashasunnahar bin Puasa, Penyelia Pusat Bahasa Arab Negeri selangor telah disambut oleh Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM , Ustaz Salleh Altabrisyi , Guru Arab , Cikgu Marhaini , Ketua Jabatan  dan Ustazah Zuraida , Guru Panitia Bahasa Arab.

Lawatan tersebut adalah bertujuan melihat perkembangan Bahasa Arab serta pembangunan sekolah. Taklimat khas telah diadakan di bilik Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan haji Ahmad Ridhuan.

Slide6Slide100e081ec4-8572-42c0-82b1-051ec3f44c0f57dc6edb-303f-4df3-bdfb-b63f8ff2af8752d3998c-5fd9-46bc-8645-355772881d27770c042f-a6eb-490d-86c5-0591f16a9aff

Gambar berikutnya DI SINI