
Kolej Al-Quran Terengganu, 6 Ogos 2025: Pihak sekolah telah menganjurkan program Perkongsian Pintar di antara 43 orang Nuqaba’ iKT dan 20 orang pelajar Kolej Quran Terengganu (KQT). Dewasa kini, remaja menghadapi seribu satu hambatan dan cabaran yang bersifat negatif jika dibandingkan unsur-unsur positif yang memberi kebaikan kepada diri mereka. Ini sangat memberi kesan yang sangat mendalam terhadap corak identiti, cara berfikir, emosi, personaliti, perkembangan dan sebagainya dalam diri mereka sehingga menimbulkan konflik pertembungan dengan apa yang mereka belajar dan apa yang mereka dapat dari pemerhatian luar.
Oleh itu, pihak Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) sekolah, cuba mengambil bahagian untuk mengimbangkan hambatan ini dengan mewujudkan usrah di peringkat sekolah. Mudah-mudahan program yang ini dapat mempersiapkan para naqib dan naqibah agar bersedia untuk mengendali usrah berkenaan dengan jayanya.
Antara objektif program adalah:
1️⃣ Meningkatkan kefahaman dan ilmu pengetahuan naqib dan naqibah mengenai asas-asas Islam.
2️⃣ Menyediakan diri naqib dan naqibah sebagai model kepimpinan.
3️⃣ Memberi pemahaman tentang peranan dan tanggungjawab naqib dan naqibah dalam membangunkan bi’ah solehah di sekolah.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.