Program Inter Mahabbah Pelajar Tingkatan 1 Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2026

Program Inter Mahabbah Murid Tingkatan 1 Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) 2026 (Program Pertukaran Pelajar) merupakan inisiatif strategik Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu yang bertujuan memperkukuh jaringan ukhuwah, menggalakkan perkongsian amalan terbaik serta memperkasa pembentukan sahsiah dan kepimpinan dalam kalangan murid.

Program yang menghimpunkan 80 orang murid Tingkatan 1 daripada lapan buah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) ini memberi peluang kepada para peserta untuk menimba pengalaman pembelajaran dalam persekitaran baharu, membina hubungan erat antara warga Imtiaz serta meningkatkan keyakinan diri melalui pelbagai aktiviti yang dirancang.

Selain itu, program ini turut mendukung aspirasi Yayasan Terengganu dalam melahirkan generasi Ulul Albab yang cemerlang dari segi akademik, berakhlak mulia, berintegriti, berdaya saing serta memiliki jati diri yang kukuh. Melalui pelaksanaan program ini, diharapkan para peserta mampu mengembangkan potensi diri secara holistik dan seterusnya menjadi modal insan berkualiti yang dapat menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negara.

Sumber Photo: FB Yayasan Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *