
Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, 21 Ogos 2025: Bengkel ini telah dianjurkan oleh pihak Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPN Terengganu dengan penglibatan 16 buah sekolah dari semua daerah di Negeri Terengganu. SM Imtiaz YT Kuala Terengganu tidak ketinggalan telah menghantar dua orang pelajar dari TV PSS untuk mengikuti bengkel tersebut sebagai salah satu platform bagi melahirkan pelajar IKT yang mampu berdiri dengan sendirinya dan mahir dalam penghasilan video kreatif dalam menyampaikan maklumat global kepada semua golongan.ย
Penubuhan TV PSS adalah satu projek khas bagi Inovasi objektif Pusat Sumber Sekolah dalam menyokong PDPC Abad ke 21. Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi panduan untuk sekolah dalam melaksanakan TV PSS melalui kaedah yang ditetapkan dengan menggunakan Kit TVPSS. Bengkel ini juga memberi kemahiran asas dalam bidang penyiaran, rakaman video, penyuntingan digital dan pengurusan kandungan media.
Tahniah danย Syabas! kepada Nur Aliesya Safia binti Mohd Zulkifli dan Muhammmad Dhiyaโul Muqri bin Muhammad Hadafi kerana telah menjadi JOHAN dalam penyediaan Video Bertemakan Anti-Buli.