Majlis Apresiasi Inspirasi Ilmu, As...

Majlis Apresiasi Inspirasi Ilmu, Aspirasi Bestari Daerah Kuala Terengganu 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Dato' Razali Ismail, SK Sult...

Kurikulum

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2025

Warga sekolah ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2025 kepada anak-anak soleh pintar, batch Avenoir Tacenda. Semo...

Hal Ehwal Murid

Program Immersion Kecemerlangan 2025

Program Immersion Kecemerlangan Tingkatan 4 ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pe...

Kokurikulum

Nurfaez Azwany Ke Sukan SUKMA

Nurfaez Azwany binti Norfadzlly mengharumkan nama sekolah apabila beliau telah mewakili Negeri Terengganu dalam acara catur ke Sukan Malayi...

Ulul Albab

Asrama

Majlis Watikah Pelantikan Badan Pengawas Asrama

Ahad, 13 Julai 2025 : Watikah perlantikan Badan Pengawas Asrama telah dirasmikan oleh Pengetua sekolah, Ustaz Md. Imran bin Md Nor di Dewa...

Majlis Apresiasi Inspirasi Ilmu, Aspirasi Bestari Daerah Kuala Terengganu 2025

Majlis Apresiasi Inspirasi Ilmu, Aspirasi Bestari Daerah Kuala Terengganu 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Datoโ€™ Razali Ismail, SK Sultan Sulaiman ll, Kuala Terengganu.


Syabas dan Tahniah kepada Ayahanda Pengetua Cemerlang, Ustaz Md Imran Bin Md Nor di atas penganugerahan Anugerah Khas Pendidikan (Kepimpinan Menengah) dan Cikgu Herdawati Binti Muda atas kejayaan meraih Anugerah Guru Berwibawa (Guru Hebat Bahasa). Diharapkan ianya menjadi motivasi dan pembakar semangat kepada guru-guru yang lain.

Program Immersion Kecemerlangan 2025

Program Immersion Kecemerlangan Tingkatan 4 ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah dan teknik pembelajaran dalam setiap subjek yang diajar seterusnya mengaplikasikan pengalaman dan pemahaman tersebut dalam pembelajaran di sekolah sendiri. Perkongsian ilmu ini berlangsung selama 5 hari yang melibatkan di antara 8 orang pelajar SEMSAS dan 5 orang pelajar sekolah ini

Objektif bagi program ini adalah:

1๏ธโƒฃ Supaya murid dapat menerokai kelebihan yang terdapat di sekolah yang dilawati dan mengaplikasikannya di sekolah sendiri.
2๏ธโƒฃ Memberi ruang dan peluang kepada murid meningkatkan akademik melalui pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas.
3๏ธโƒฃ Supaya murid dapat berkongsi kelebihan yang diperoleh sepanjang belajar bersama murid di sekolah lain.

Lawatan Penanda Aras dari SMK Agama Yan, Kedah.

Seramai 9 orang pihak pengurusan dari SMK Agama Yan, Kedah telah berkunjung ke SM Imtiaz YT Kuala Terengganu bagi program lawatan penandaarasan dan perkongsian ilmu dengan sekolah ini. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendorong pertukaran pengetahuan, pengalaman dan penambahbaikan secara berterusan bagi menjamin kecemerlangan prestasi sekolah.

Ketibaan rombongan adalah sekitar pukul 9.00 pagi dan program dimulai dengan sesi fotografi di Dataran Ulul Albab. Kemudian pelawat telah dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk mendengar ucapan ringkas daripada kedua-dua pihak Pengetua dan seterusnya beberapa program lain seperti tayangan video korporat sekolah, tayangan slaid amalan terbaik sekolah, sesi soal jawab, menandatangani LOU dan penyampaian cenderahati. Secara keseluruhannya, program lawatan ini berakhir sekitar pukul 11.00 pagi.

Diharap lawatan ini mendapat manfaat dan impak positif untuk kedua-dua pihak sekolah bagi merangsang sekolah untuk mencari idea-idea yang lebih baik lagi untuk dilaksanakan.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Program Kuca Sughe Kelab Ukhuwah (KUIK): โ€œBulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakatโ€๏ฟผ

Kelab Ukhuwah Imtiaz Kuala Terengganu (KUIK) telah mengadakan program โ€œ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—จ๐—–๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—š๐—›๐—˜ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—• ๐—จ๐—ž๐—›๐—จ๐—ช๐—”๐—› (๐—ž๐—จ๐—œ๐—ž)โ€ sebagai salah satu acara tahunan Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Ia diraikan dengan aktiviti bergotong-royong mengacau bubur asyura yang melibatkan seluruh warga sekolah dengan diketuai oleh guru tahfiz iaitu Pengerusi Kelab, Ustaz Nasharudin bin Ismail.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.