
Pihak Pengurusan HEM, Unit 3K SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menganjurkan Program Gotong royong Madani yang bertujuan untuk meningkatkan kebersihan, keceriaan, dan keselamatan sekolah, serta memupuk perpaduan dan nilai-nilai murni di kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat. Program ini melibatkan kerjasama antara guru, kakitangan,pelajar, ibu bapa dan komuniti setempat dalam melaksanakan aktiviti gotong-royong di sekolah.ย PIBG Madani bertujuan mengeratkan hubungan antara guru, ibu bapa dan komuniti kampung sekaligus mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang bersih dan ceria.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.