Masjid Kg. Tasek, 19 Ogos 2025: Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Ustaz Ahmad Syahir bin Yahya, guru tahfiz daripada SM Imtiaz YT K. Terengganu kerana telah berjaya mendapat JOHAN QARI dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Marang yang diadakan baru-baru ini. Semoga kemenangan ini dapat memberi semangat kepada anak-anak soleh pintar untuk turut sama menyertai pertandingan seperti ini dalam meningkatkan minat dan kecintaan terhadap Al-Quran serta mendorong diri untuk lebih dekat dengan kitab suci ini.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Perkhemahan badaล-badan beruniform bagi sekolah-sekolah menengah Imtiaz Yayasan Terengganu telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem Sri Keluang, Besut yang melibatkan lebih kurang 320 orang pelajar dari seluruh Sekolah Menengah Imtiaz.
SM Imtiaz YT Kuala Terengganu tidak ketinggalan menghantar 20 orang banat dan 20 orang banin sebagai peseta perkhemahan tersebut. Tahniah kepada peserta kerana telah dinobatkan Johan bagi pertandingan ‘Best Gadget & Tent’ manakala Naib Johan bagi pertandingan ‘First Aid’ dan ‘Ioi Volunteering’.
Mukhayam Ulul Albab dianjurkan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan ilmu sebagai ahli unit beruniform, seterusnya membentuk disiplin, semangat kerjasama, dan kepimpinan.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk :-
Istiadat Pagi
Mendirikan khemah
Rentas halangan
Night walk
Compass marching & Gajet
Ikatan & Pertolongan cemas
Malam simfoni alam
Pertandingan kawad kaki
Melalui aktiviti ini, pelajar dapat menimba ilmu perkhemahan sambil memupuk nilai murni dan menghargai alam sekitar. Berikut adalah objektif bagi program ini:
Memperkukuh jati diri Muslim melalui penghayatan nilai Islam dalam kehidupan harian.
Melahirkan insan Ulul Albab yang seimbang dari segi akal, rohani, fizikal dan emosi.
Memupuk kepimpinan dan tanggungjawab dalam suasana berkumpulan.
Meningkatkan disiplin dan ketahanan dirii dalam menghadapi cabaran.
Memperkukuh jati diri Muslim melalui penghayatan nilai Islam dalam kehidupan harian.
Mengukuhkan ukhuwah Islamiah melalui aktiviti berkumpulan dan ibadat.
Memantapkan kemahiran hidup dan asas dakwah, termasuk komunikasi dan pengurusan diri.
Menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dan minat kepada ilmu.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, 12 Ogos 2025 : SYABAS & TAHNIAH! kepada anak-anak soleh pintar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu yang telah dinobatkan sebagai JOHAN bagi “Cabaran Cetakan 3D” dalam pertandingan Malaysia Techlympic Zon Timur. Seramai 22 orang pelajar daripada Imtiaz Kuala Terengganu yang menyertai pertandingan ini dalam pelbagai jenis perlawanan iaitu Cabaran Kejuruteraan Dunia (WEC), Cabaran Drone, Cabaran Cetakan 3D, Cabaran Kereta Roket dan Cabaran Ezy Rover/ Roket Tempur. Mereka diiringi oleh 5 orang guru pembimbing yang mewakili setiap perlawanan tersebut.
Pelajar yang mendapat Johan akan bertanding ke peringkat seterusnya bagi mewakili Negeri Terengganu yang akan berlangsung di Negeri Melaka. Kumpulan yang mendapat Johan ini terdiri daripada pelajar TIngkatan 2 iaitu Muhammad Umar b. Has, Muhammad Aufa Iman b. Zaiman Haifizie, Fawwaz Afham b. Farih dan Umar Najmi b. Rusli.
Sebagai makluman program pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) perdana MOSTI ini adalah anjuran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Malaysia Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd. agensi di bawah MOSTI. Inisiatif ini merupakan usage kerajaan melalui MOSTI untuk memperkasakan bidang STI serta menggalakkan lebih ramai penglibatan pelajar dan belia dalam bidang STI dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan berbentuk pertandingan.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Pihak Pengurusan HEM, Unit 3K SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menganjurkan Program Gotong royong Madani yang bertujuan untuk meningkatkan kebersihan, keceriaan, dan keselamatan sekolah, serta memupuk perpaduan dan nilai-nilai murni di kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat. Program ini melibatkan kerjasama antara guru, kakitangan,pelajar, ibu bapa dan komuniti setempat dalam melaksanakan aktiviti gotong-royong di sekolah. PIBG Madani bertujuan mengeratkan hubungan antara guru, ibu bapa dan komuniti kampung sekaligus mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang bersih dan ceria.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.