Tag: spm

Pelancaran Projek Kecemerlangan PMR dan SPM 2012

KUALA TERENGGANU, 8 Mac : Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang berbahagia, Tuah Haji Matsor bin Ismail, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu pagi tadi.

Berikut adalah ucapan aluan dari Pengarah Projek SPM, Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar.

” Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana kita dapat berkumpul  dalam majlis ini. Terima kasih kepada Tuan Haji Matsor Bin Ismail kerana sudi menerima jemputan kami dan kepada  semua ibubapa yang sudi menghadiri majlis ini bagi memberi perangsang kepada anak-anak kita agar sentiasa memburu  kecemerlangan yang berterusan sehinggalah ke akhirnya.

Apabila disebut perkataan memburu, disitu sudah terkandung palbagai elemen, bila nak berburu mesti ada sasarannya (rusa,kijang,landak,kancil),mesti  cukup kelengkapannya (senapang,peluru,lembing,pisau), ada strateginya (siang ke malam,perangkap), dan kekuatan  (berjalan jauh,tak tidur), tapi kesemuanya itu tidak akan menjadi jika tiada kemahuan”.

Bagi merealisasikan kecemerlangan para pelajar ini, pihak projek kecemerlangan PMR dan SPM telah mengatur banyak aktiviti  bermula dari akhir tahun 2011 lagi dengan mengadakan perkampungan ilmu bagi calon PMR dan SPM 2012. Antara program yang telah dilaksanakan oleh Pihak projek kecemerlangan PMR ‘THE LUMINOUS PEARL  PMR TEAM’

1)    Program Heart to Heart

2)    Program Art of learning

3)    Penyerahan anak angkat pengurusan

 

Manakala bagi pihak projek SPM ‘THE EMERALD SPM TEAM’ pula  telah melaksanakan

1)    Gempak Genius Class

2)    Teknik menjawab soalan sempena  Peperiksaan TOV

3)    Lawatan Ilmiah Ke SAMBEST Subang Jaya

 

Sesungguhnya, calon PMR dan SPM tahun ini merupakan calon-calon yang mempunyai potensi yang tinggi bagi mencapai kecemerlangan.  Hal Ini telah dibuktikan dengan pencapaian yang cemerlang dalam TOV baru-baru ini yang mana pencapaiannya adalah lebih baik dari tahun lepas.  Oleh itu kami pihak sekolah amat berharap dan berbesar hati agar para ibu bapa dapat  membantu kami  dalam merealisasikan kecemerlangan PMR dan SPM pada tahun ini.

Dalam ucapan Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, beliau amat berbesar hati atas kehadiran Tuan Haji Matsor bin Ismail walaupun banyak tugasan lain namun beliau begitu Komitment untuk melihat kecemerlangan sekolah imtiaz K.Terengganu.Beliau juga amat terharu atas kehadiran ibubapa yang datang dari jauh untuk meraikan anak mereka sendiri . Tidak lupa juga kepada guru yang sentiasa patuh terhadap tugas-tugas serta Jawatankuasa Projek yang  telah berjaya mengadakan  majlis pada hari ini.

Menurut beliau lagi, program kecemerlangan setiap buah sekolah merupakan program yang sentiasa diadakan tapi atas rasa tanggungjawab sebagai pendidik, pihak  sekolah tetap mengadakan program ini dan  telah mengatur pelbagai agenda dan aktiviti untuk mempastikan pelajar  berjaya seperti  yang diharapkan. Dan memang menjadi harapan sekolah untuk melihat kejayaan pelajar  dari tahun ke tahun.Pada tahun lepas, pihak sekolah telah mensasarkan  1.06 untuk PMR tetapi hanya  mendapat 1.11 bagi gred purata. Namun pada tahun ini pihak sekolah tidak berputus asa dan  mensasarkan 1.04 bagi gred purata . InsyaAllah dengan seawal program yang telah bermula sebelum penggal persekolahan lagi, sama-samalah kita  mendoakan sasaran tersebut akan menjadi realiti.

Manakala Sijil Pelajaran Malaysia yang mungkin dijangka akan diketahui pada 22 Mac ini, target sekolah ialah  1.41 Pada tahun ini pihak sekolah tetap mensasarkan target  yang sama. Kepada  semua calon PMR dan SPM, yakinlah bersama dengan usaha pelajar,  pengorbanan guru, ibubapa, JPN,  kerajaan Negeri ,  Yayasan Terengganu dan semua pihak yang sentiasa mendoakan kejayaan pelajar boleh berjaya dengan cemerlang.

Galeri gambar

Ujian TOV Bermula

KUALA TERENGGANU, 29 Jan : Semua pelajar tingkatan 3 dan 5 hari ini telah menduduki ujian Take of Value(TOV).

Bagi tingkatan 3, ujian ini bermula pada 29hb Januari dan akan selesai pada 2 Febuari 2012, manakala tingkatan 5 bermula 29hb januari dan berakhir pada 15 Febuari 2012.

Ketika meninjau kelas tersebut, semua pelajar sedang menjawab soalan dengan tekun sekali. Semoga mereka akan beroleh kejayaan.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar seterusnya

SPM 2011 Bermula

KUALA TERENGGANU, 14 NOV: Seramai 75 calon SPM sekolah ini yang terdiri dari 34 lelaki dan 41 perempuan telah mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bermula pagi tadi serentak di seluruh negara.

Sebelum memasuki dewan peperiksaan, mereka telah diberikan kata-kata semangat dari kalangan guru. Turut kelihatan ialah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah serta beberapa orang ibu bapa yang sudi meluangkan masa bagi memberi kata nasihat kepada anak-anak mereka.

Semoga anak soleh dan solehah pintar ini akan beroleh kejayaan dalam peperiksaan itu nanti.

 

Kembar Seiras Khatam Al Quran 30 Juzuk

KUALA TERENGGANU, 20 Okt: Pada 4 Mei 1994, puteri kepada pasangan Puan Zubidah dan Encik Muhammad telah dilahirkan di Kampung Tok Adis kuala Terengganu.

Pasangan ini bertuah kerana mendapat puteri kembar seiras. Nabihah kanan, dilahirkan 2 minit lebih awal dari najihah kiri.

Dalam peperiksaan UPSR, mereka berdua telah mendapat keputusan 5A yang membolehkan mereka melangkah masuk ke Sekolah Kluster Kecemerlangan SM imtiaz  YT Kuala Terengganu dengan melepasi syarat-syarat kemasukan.

Pada tahun 2009 ketika berada di tingkatan 3, Nabihah dan Najihah merupakan antara pelajar yang telah berjaya khatam Al Quran 30 juzuk. Pihak sekolah melalui Koperasi Sekolah telah menyumbang sebuah Al Quran Digital setiap seorang sebagai penghargaan.

Manakala pada tahun 2010, mereka telah mendapat hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 1,000.00 setiap seorang daripada Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Terengganu. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Tengku Putera bin Tengku Awang.

Pada tahun yang sama juga, Najihah telah menyertai Ujian Hafazan Peringkat Negeri dan mendapat saguhati. Manakala pada tahun 2011, Nabihah dan Najihah sekali lagi menyertai Ujian Hafazan Al Quran Peringkat Negeri dalam kategori 1 hingga 20 juzuk ( Nabihah ) dan 1 hingga 10 juzuk ( Najihah )

Kini mereka berdua akan mengambil peperiksaan SPM yang akan bermula tidak berapa lama lagi. Yang uniknya, cita-cita adalah sama, Mereka berhasrat untuk mendapat kelulusan 11A+ dalam peperiksaan SPM serta bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Jordan dalam bidang Medik.

Didoakan agar mereka berjaya mencapai cita-cita yang dihajati.

Syabas dan Tahniah untuk mereka.