Tag: larian firqah

Larian Firqah 2026

Kejohanan Larian Firqah ini diadakan berlandaskan beberapa matlamat utama. Antaranya adalah untuk memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan. Memastikan lebih ramai pelajar yang dapat melibatkan diri melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas. Kejohanan ini bermula seawal 8.00 pagi melibatkan semua pelajar Tingkatan 2-4 SM Imtiaz Kuala Terengganu bagi memastikan mereka mendapat kredit dalam PAJSK.

Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Larian Firqah diteruskan pada pukul 11.30 pagi yang mana Johan Keseluruhan dijuarai oleh Firqah Mahabbah. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menamatkan larian sehingga ke garisan penamat. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang yang berjaya memberikan mata kepada rumah sukan masing-masing. Sekalung tahniah kepada semua rumah sukan yang mendapat tempat. Ribuan terima kasih kepada semua pengelola, pengurus, penaja, AJK, guru dan pelajar yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan kali ini.

Selamat maju jaya kepada pemenang yang terpilih untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah pada 29 Januari 2026 nanti.

Galeri gambar dan video boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Firqah Akhlak JOHAN Keseluruhan Larian Firqah 2016

Slide26SMIYT KTRG SBT , 28 Januari : Larian Firqah yang diadakan hari ini menyaksikan Firqah Akhlak mengungguli firqah lain apabila diumumkan JOHAN keseluruhan dalam acara Larian Firqah bagi tahun 2016.

Semua guru dan pelajar terlibat dalam acara ini. Majlis melepaskan peserta serta penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Encik Mohd Yusoff bin Othman.

berikut adalah markah keseluruhan setiap firqah

JOHAN : Firqah Akhlak : 2,840 markah

NAIB JOHAN : Firqah Istiqamah : 2,487 markah

KETIGA : Firqah Zaamah : 1,959 markah

KEEMPAT : Firqah Mahabbah : 1,069 markah

KELIMA : Firqah Itqan : 928 markah

KEENAM : Firqah Taqwa : 919 markah

Slide106Slide91Slide75Slide57Slide56Slide44Slide43Slide42Slide33Slide21Slide3Slide2

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA FIRQAH YANG TERLIBAT