Tag: khatam alquran

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Perdana 2025

Unit Pembudayaan Al-Quran dengan kerjasama MPIBG SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menganjurkan Majlis Khatam Hafazan Al-Quran pada hari ini yang mana ia merupakan salah satu acara yang ingin dilaksanakan setiap tahun oleh pihak Unit Al-Quran bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah pelajar yang seimbang duniawi dan ukhrawi. Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca dan murajaah Al-Quran sebagai satu budaya sekaligus mengiktiraf pelajar yang telah berjaya menghafaz Al-Quran sebanyak 30 juzuk di bumi Imtiaz Kuala Terengganu. Majlis ini melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 3-5 seramai 150 orang dan turut dijemput adalah ibu bapa pelajar yang terlibat bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Khatam Hafazan Al-Quran merupakan suatu ibadah yang menjadi tuntutan agama Islam. Semua umat Islam digalakkan khatam Al-Quran sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Tetapi apa yang lebih penting, supaya Al-Quran itu hidup di dalam diri setiap Muslim. Seberapa kerap seseorang itu khatam Al-Quran, itulah yang terbaik untuk dirinya.

Berikut adalah objektif majlis ini diadakan:

  • Menanam sikap menyanjungi dan memuliakan Al-Quran dalam kalangan warga sekolah
  • Menarik minat pelajar berusaha mengkhatam hafazan Al-Quran.
  • Menyemaikan minat pelajar dalam menyertai program program keagamaan.
  • Mencungkil bakat dan kepimpinan dalam kalangan pelajar dalam bidang Al-Quran.
  • Pelajar berkeyakinan dengan bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melaziminya dalam kehidupan
    seharian mereka.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Majlis Khatam al-Quran

KUALA TERENGGANU, 24 Mei : Majlis ini merupakan aktiviti tahunan sekolah.

Majlis tersebut telah di adakan di dewan Asyatibi bermula jam 8.30 pagi. Menurut Ketua Jabatan al-Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz, seramai 59 orang pelajar  seramai 59 yang telah khtama mei 2011 hingga Mei 2012 telah diraikan.

Seramai 37 orang pelajar telah menerima pen digital dan sijil manakala 22 orang khatam dalam tempoh 3 tahun telah menerima pen digital, sijil dan wang RM100 setiap seorang  sumbangan MPIBG sekolah serta Koperasi.

Gambar menarik sila KLIK