
Program ini adalah program tahunan yg dianjurkan oleh Unit Penyelaras SEM & Inovasi sekolah untuk memberi peluang kepada setiap pelajar menghasilkan produk inovasi yang kreatif, inovatif dan mempunyai nilai komersial beserta kajian yang dapat bersaing di peringkat negeri ,kebangsaan bahkan ke persada dunia. Program SEM & inovasi sekolah merujuk kepada inisiatif untuk meningkatkan pemikiran kritis dan kreativiti pelajar, khususnya dalam bidang sains dan teknologi (STEM), melalui aktiviti luar kurikulum yang mencabar kognitif dan menyediakan pengalaman pembelajaran holistik untuk membangunkan potensi pelajar menjadi pemikir inovatif.

Program SEM & Innovation Festival Type III 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang menerusi Majlis Penutupan Perasmian yang berlangsung di Dewan Assyatibi, SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu hari ini. Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md Noor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Perpaduan Negara termasuk Pemegang Amanah Yayasan Terengganu.
Galeri gambar dan tayangan multimedia boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.