8178077a-37f0-4703-98c6-1ddd4e8d8c7fSMIYT KTRG SBT , 16 April : Hari ini pihak Sekolah telah menerima kunjungan daripada Pejabat Pendidikan dan Sekolah-Sekolah Daerah Melaka Tengah dalam Program Jelajah Pembelajaran Terengganu.

Rombongan tersebut telah disambut oleh Pengurusan Sekolah yang diketuai oleh Pemangku Pengetua , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran.

Mereka telah dibawa ke bilik Mesyuarat untuk mendengar taklimat khas mengenai perkembangan pembelajaran akademik , kokurikulum serta sahsiah pelajar dan lain-lain lagi.

Seterusnya mereka dibawa ke anjung susu untuk menikmati makanan sampingan pelajar dan juga melihat sendiri kaedah penghafazan Al Quran di Balai Quran dan Surau.

efd4c8dc-4203-48cd-aa3a-d288391034fa4a82f70c-bb69-4f6e-aed6-0f5a4d3a7c985a018a37-b373-4b67-955b-ac8de2dba60918b99f85-c0e1-4d5d-874a-00c2d47dc3db540dfe3c-6e28-4f0d-ad65-519ecc7ecc250969902e-c880-4af1-b054-cb10c642fcc6

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI